Connect with us

Oh! Media

Budak Lelaki 3 Tahun Kritikal Telan Dadah, Bapa Saudara Ditahan

dadah

Trending

Budak Lelaki 3 Tahun Kritikal Telan Dadah, Bapa Saudara Ditahan

Pihak Hospital Gua Musang, Kelantan telah menemui dadah dalam badan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sembilan bulan yang kini berada dalam keadaan kritikal. Allahu..

ADVERTISEMENT

BACA : Lelaki OKU Tergamak Rogol Adik Perempuan Sendiri Yang Berusia 13 Tahun

Menurut laporan Astro Awani, polis juga menahan seorang lelaki yang merupakan bapa saudara mangsa bagi membantu siasatan dan perkara ini dikatakan sendiri Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun.

Pada awalnya, pihak hospital telah melaporkan yang mereka menerima seorang pesakit kanak-kanak kritikal yang dibawa ibunya.

Apabila diperiksa didapati dalam tubuh kanak-kanak ada kandungan dadah. Kes ini agak mengejutkan.

Kanak-kanak ini dipercayai di bawah jagaan bapa saudaranya ketika kejadian dan siasatan kini dijalankan bagi memastikan sama ada kanak-kanak ini diberi dadah atau dibiarkan terdedah kepada dadah.

Terdapat dadah jenis Methamphetamine dalam badan mangsa dengan berat yang belum diketahui. Bapa saudara kepada mangsa kemudiannya ditahan dan mengaku membawa anak saudaranya ke ‘port’ dia melepak.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001. Bapa saudara jenis apa ni sampai tergamak bawa budak bawah umur pergi tempat macam tu. Apapun, semoga adik tu baik-baik saja.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas