Percaya atau tidak, amalan sihir dan pukau masih diamalkan dalam masyarakat moden kita. Terbaru, seorang wanita di Batang Kali menjadi mangsa hingga ‘rela’ menyerahkan dua gelang emas kepada individu tidak dikenali.
Wanita yang dikenali sebagai Syaqira Aleeya berkongsi kejadian yang berlaku di butiknya. Pada hari kejadian, individu yang tidak dikenali datang sebagai pelanggan dan berborak panjang dengannya serta ibunya.
IKLAN
Dia berbual tentang tudung, lokasi beli emas, dan akhirnya meminta nombor telefon. Pelanggan lain sudah balik tapi dia masih di kedai.- Katanya.
Selepas membuat pesanan tudung, individu itu memberi alasan keluar sebentar tetapi berjanji akan kembali untuk membuat bayaran.
Taktik licik pemukau bermula
Tidak lama kemudian, individu tersebut menghubungi Syaqira untuk meminta COD (Cash on Delivery). Walaupun waktu sudah lewat, Syaqira setuju kerana jumlah pembelian yang besar.
Di lokasi yang dijanjikan, individu itu naik ke dalam kereta dan mula memuji-muji Syaqira. Kata-kata manis itu membuatkan Syaqira merasa selesa berbual hingga perbincangan beralih kepada gelang emas yang dipakainya.
Dia beritahu nak cari gelang untuk majlis perkahwinan dan berkenan dengan gelang emas saya pakai. Tanpa sedar saya menurut sahaja kehendak wanita ini untuk cuba dua gelang emas saya. Kemudian dia membuat alasan ingin tunjuk kepada ibunya dan keluar dari kereta.
Pada ketika itu saya seperti dalam keadaan tidak waras (rasional), saya hulurkan tangan suruh dia buka… buka la kak, saya tak pandai.
Dia kemudian berjanji untuk kembali ke kereta mengambil tudung yang dipesan dan memulangkan kedua-dua gelang emas saya. Peliknya, saya hanya mengiyakan permintaannya.
Kembali sedar tapi semuanya sudah terlambat
Selepas individu itu keluar dari kereta dengan alasan untuk menunjukkan gelang tersebut kepada ibunya, Syaqira hanya tersedar apabila individu berkenaan tidak kembali.
Selepas menyedari sesuatu yang tidak kena, dia cuba untuk menghubungi nombor telefon individu berkenaan namun selepas deringan ketiga telefon dimatikan.
Perkongsian sebagai pengajaran
Syaqira membuat laporan polis dan berkongsi pengalamannya di media sosial untuk memberi peringatan kepada orang ramai. Modus operandi ini sama seperti kes pukau di Kuantan, Pahang, baru-baru ini.
#OhmediaNasihat
Pukau bukan lagi mitos. Ia menjadi ancaman nyata yang memerlukan kita sentiasa berjaga-jaga. Elakkan berseorangan ketika berurusan dengan pelanggan, terutama di tempat sunyi.
Jika ada yang mencurigakan, segera minta bantuan atau laporkan kepada pihak berkuasa. Jangan biarkan kepercayaan anda dijadikan senjata oleh penipu licik!
Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!