Connect with us

Oh! Media

Saksi Sedih Gagal Selamatkan Penunggang Motosikal Tragedi Pesawat Terhempas Di Elmina

penunggang motosikal

Oh! Tidak

Saksi Sedih Gagal Selamatkan Penunggang Motosikal Tragedi Pesawat Terhempas Di Elmina

Berikutan tragedi pesawat terhempas, seorang lelaki berkongsi detik cemas ketika dia menjadi antara saksi terawal dalam cubaan menyelamatkan mangsa, di Lebuhraya Guthrie, Elmina petang semalam.

ADVERTISEMENT

Menerusi perkongsian di TikTok, lelaki berkenaan yang merupakan seorang pemandu lori telah cuba untuk menyelamatkan mangsa iaitu penunggang motosikal, Muhamad Hafiz Muhamad Salleh.

Kemudian, dia yang bertindak pantas dengan memberitahu kenderaan lalu mengambil alat pemadam api.

Kapal terbang terhempas depan mata saya.

Saya turun dari lori terdengar mangsa minta tolong. Saya ambil pemadam api yang ada di lori dan terus pergi dekat mangsa.

Walau bagaimanapun, alat pemadam api tersebut tidak mencukupi untuk memadam kebakaran pada tubuh mangsa.

Ketika itu mangsa masih bergerak, saya nak dekati mangsa tetapi masih ada barang-barang yang meletup.

Saya terus pergi tembak pemadam api pada badan mangsa, tetapi pemadam api saya tak cukup untuk padam kebakaran di badannya.

Malah, lelaki itu turut meluahkan rasa sedih dan diselubungi perasaan serba salah kerana tidak dapat menyelamatkan penunggang motosikal berkenaan.

Saya sudah cuba untuk menyelamatkan penunggang motosikal, maafkan saya. Al-Fatihah untuk arwah.

Saya tak sanggup tengok arwah merangkak sebut nama Allah.

Saya masih tak boleh tidur terbayangkan arwah.

Namun, rata-rata warga netizen mengucapkan terima kasih dan menghargai usahanya menyelamatkan mangsa.

Dalam pada itu, mereka turut memuji tindakan pantas pemuda berkenaan kerana membuat panggilan kecemasan selepas melihat insiden itu.

BACA: Lapan Identiti Dalam Pesawat Terhempas Di Elmina Dikenal Pasti

Terdahulu, polis telah mengesahkan lapan identiti yang terkorban di dalam tragedi pesawat terhempas di Elmina.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

La menipu satu Malaysia rupanya, ingatkan memang kaya ehemm… Korang rasa siapa pelakon tu ek?? #pelakon#menipu#kaya#rumahlelong#hutang#ohartis#ohmedia

♬ Gator – Spongebob Squarepants

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas