Connect with us

Oh! Media

Langgar Perundangan Dua Negara, Nur Sajat Boleh Diekstradisi

Trending

Langgar Perundangan Dua Negara, Nur Sajat Boleh Diekstradisi

Umum mengetahui, isu berkenaan usahawan kosmetik, Nur Sajat yang masih berlarutan sehingga kini dan masih dalam siasatan pihak berkuasa.

ADVERTISEMENT

BACA: Dapat Kad UNHCR Dalam Masa Singkat, Apa Buat Nur Sajat Istimewa?

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihaknya sedang dalam proses membawa pulang Sajat dan permohonan akan dibuat dalam tempoh masa terdekat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan menyarankan agar masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi yang menganggu siasatan polis.

Nur Sajat boleh diekstradisi

Menurut sumber, proses ekstradisi Muhammad Sajjad boleh berlaku kerana dia didapati melanggar perundangan yang sama di dua negara.

Ektradisi atau dikenali sebagai ‘serah balik’ ialah proses rasmi sesebuah negara atau negeri berkenaan penyerahan penjenayah yang disyaki atau dihukum.

Selain itu, dia juga telah meloloskan diri ke Bangkok secara haram dan dia sudah melanggar dua perundangan sama di Malaysia dan Thailand.

Nur Sajat juga masuk ke Thailand dengan tidak menggunakan pintu masuk yang sah negara berkenaan, jadi dia sudah melanggar dua perundangan sama di dua negara.

Secara teknikalnya, proses serah balik atau ekstradisi ini boleh berlaku ini merupakan antara kriteria utama dalam proses ekstradisi.

Tambahnya lagi, kesalahan Nur Sajat menggunakan laluan tikus untuk masuk ke Thailand adalah jelas melanggar perundangan imigresen negara gajah putih itu.

Lima perkara untuk proses ekstradisi berlaku

Sementara itu, penganalisis perundangan, Mohd Zakry MS mendedahkan bahawa terdapat lima perkara yang menjadi proses ekstradisi boleh berlaku terhadap seseorang individu.

Lima perkara tersebut adalah:

1. Jenayah yang dilakukan cukup serius antaranya pemerdagangan manusia.

2. Individu disyaki sudah mempunyai kes prima facie daripada sudut perundangan di negara asalnya.

3. Kesalahan berlaku membabitkan undang-undang sama di negara terbabit.

4. Individu berkenaan percaya akan berlaku keadilan di negara asalnya.

5. Hukuman setimpal jika dia pulang ke negara asalnya

Kedua negara perlu capai persetujuan

Menurut Mohd Zakry, jika perkara tersebut disahkan, ia perlu berlaku secara diplomasi dan memerlukan kedua-dua negara bersetuju untuk menjalankan proses tersebut.

kedua-dua negara bersetuju untuk proses berkenaan serta perjanjian antara negara itu juga tidak mengikat mereka untuk menuruti setiap permintaan ektradisi.

Ia masih tertakluk kepada proses diplomasi secara keseluruhannya dan saya lihat untuk kes Nur Sajat, ekstradisi itu boleh berlaku.

Walaubagaimanapun, proses berkenaan perlulah membabitkan rundingan dengan Wisma Putra bersama Pejabat Negara untuk mengemukakan permohonan rasmi kepada Thailand.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas