Connect with us

Oh! Media

Tak Mahu Makan Ubat Punca Ibu Berpantang Tik*m Leher Sendiri

Oh! Tidak

Tak Mahu Makan Ubat Punca Ibu Berpantang Tik*m Leher Sendiri

Sebentar tadi kami ada melaporkan yang seorang ibu yang masih lagi dalam tempoh berpantang ditemui maut dengan pisau terpacak di lehernya. Kejadian berlaku lebih kurang pada jam 6 petang semalam dalam bilik dirumahnya. Allahu..

ADVERTISEMENT

BACA : Ibu Dalam Tempoh Pantang Ditemui Maut, Pisau Terpacak Di Leher

Menurut laporan Utusan Malaysia, wanita berkenaan dipercayai ‘mengamuk’ kerana enggan makan ubat yang diberi pihak hospital.

Mangsa telah mendapatkan rawatan kesihatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin.

Terdapat dua jenis ubat iaitu Zolpidem untuk merawat ‘Anxiety’ dan Fluvoxamine (merawat insomnia) diberi kepadanya dan mangsa didakwa menjerit-jerit kerana tidak memakan ubat tersebut.

Mangsa kemudiannya mengambil pisau di dapur dan berlegar-legar di sekitar rumah sambil memegang pisau tersebut. Salah seorang adiknya merampas pisau itu dan menyembunyikan senjata tersebut di sebelah rumah mereka yang merupakan tempat untuk membuat kuih.

Kemudian, mangsa ditemukan terbaring di bawah katil dengan kesan tikaman pada leher. Ibu mangsa kemudian mencabut pisau sepajang 16 sentimeter itu sebelum mangsa dibawa ke hospital. Mangsa disahkan meninggal dunia disebabkan pendarahan teruk pada bahagian lehernya.

Siasatan lanjut mendapati, mangsa bertindak menikam dirinya sendiri dengan sebilah pisau pemotong sayur.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk dibedah siasat dan siasatan di lokasi kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas