Oh! Tidak
Rempuh Orang Awam, Pemandu Rupanya Nak Lari Dari Isteri Lepas Gaduh
Tular di media sosial semalam rakaman video menunjukkan pemandu sebuah kereta jenis Honda Civic ‘menggila’ rempuh seorang penunggang motosikal.
BACA: “Tak Ada Lesen Dan Tak Sekolah” – Budak 14 Tahun Rempuh Mati Penunggang Motosikal
Kejadian yang dilaporkan berlaku di sekitar Jalan Tun Teja 3, Taman Tun Teja Rawang Selangor menjadi kecoh apabila orang awam cuba menahan kereta. Tetapi pemandu dilihat terus memecut laju meninggalkan lokasi itu.
Memetik laporan Kosmo!, Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohammad Nasir berkata, kejadian berlaku semasa suspek hendak melarikan diri daripada isterinya selepas berlaku pergaduhan.
Mangsa (penunggang motosikal) yang pada masa itu berada di tempat kejadian telah cuba menghalang suspek namun dirempuh sehingga mengalami kecederaan pada siku dan kaki.
Kini kes disiasat dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 337 Kanun Keseksaan.
Kredit: Kosmo!
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
[EKSKLUSIF] YB Helmy Buat Content Untuk Didik Rakyat Bukan Kejar Populariti | Oh! Podcast Ep23
OH! MEDIA 06/02/2026 8:00 PM