Connect with us

Oh! Media

“Tak Ada Lesen Dan Tak Sekolah” – Budak 14 Tahun Rempuh Mati Penunggang Motosikal

maut

Oh! Tidak

“Tak Ada Lesen Dan Tak Sekolah” – Budak 14 Tahun Rempuh Mati Penunggang Motosikal

Baru 14 tahun dah berani pandu kereta, lebih menyedihkan apabila sikap tak bertanggungjawab itu telah menyebabkan penunggang motosikal Honda Wave maut manakala pembonceng cedera parah.

ADVERTISEMENT

BACA: Pembaca Berita Wanita Sebak Ketika Ulas Budak 4 Tahun Kemalangan, Ini Sebabnya

Lapor Sinar Harian, kejadian itu berlaku di Jalan Kuala Kedah, Alor Setar kira-kira jam 7.05 petang semalam. Ketika kejadian, cuaca hujan dan jalan basah.

Remaja perempuan yang memandu Proton Satria dipercayai hilang kawalan lalu melanggar pembahagi tengah jalan. Kemalangan menyebabkan kereta memasuki jalan bertentangan terus merempuh motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa.

penunggang motosikal
Kredit: Sinar Harian

Penunggang motosikal Nur Syafiqah Abdullah meninggal dunia di tempat kejadian manakala kakaknya, Nooraliza, cedera di dada, pinggang dan kaki kiri.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Syed Basri Syed Ali, motosikal yang ditunggangi mangsa dari lampu isyarat Taman Bersatu menghala ke Kuala Kedah. Kereta Proton Satria dipandu remaja perempuan itu pula dari arah bertentangan.

Kredit: X Mohd Redzuan Abdul Manap

Hasil siasatan, remaja perempuan itu rupa-rupanya tidak memiliki lesen dan sudah tidak bersekolah. Ketika kemalangan, remaja itu hanya mengalami luka di bahagian hidung.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 selepas menyebabkan kematian seorang wanita dan seorang lagi mangsa cedera parah.

Kredit: Sinar Harian | X Mohd Redzuan Abdul Manap

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas