Connect with us

Oh! Media

Remaja Perempuan Bawah Umur Dilarikan Lelaki Dan DiRog*l Ketika Pulang Sekolah Selepas 2 Hari Kenal Di Media Sosial

rogol

Oh! Tidak

Remaja Perempuan Bawah Umur Dilarikan Lelaki Dan DiRog*l Ketika Pulang Sekolah Selepas 2 Hari Kenal Di Media Sosial

Perkara macam inilah paling kita takut zaman sekarang ni. Banyak orang ambil kesempatan dan anak-anak muda kita pula mudah terpengaruh.

ADVERTISEMENT

Macam apa yang berlaku baru-baru ini apabila seorang lelaki berusia 39 tahun telah melarikan seorang remaja perempuan sebelum merogol mangsa.

Berdasarkan laporan, pihak polis telahpun berjaya menahan suspek selepas menerima laporan dari seorang ibu apabila anak perempuannya hilang pada 16 Jun lepas.

Kenal baru 2 hari terus di bawa lakukan hubungan seks..

Asisten Komisoner Cha Hoong Fong, Ketua Polis Daerah Klang Selatan berkata suspek ditahan hari Sabtu di sekitar Kuala Lumpur pada jam 9.30 malam.

Hasil siasatan mendapati suspek berkenalan dengan mangsa melalui aplikasi media sosial sejak 14 Jun lalu. Ambui, baru 2 hari kenal terus nak rogol mangsa yang bawah umur lagi tu.

Setelah berkenalan selama dua hari, mangsa telah membuat temujanji bersama suspek di hadapan sekolah untuk melarikan diri ke Melaka.

Suspek menjemput mangsa di hadapan sekolah menaiki kereka Perodua Viva dan terus membawa mangsa ke Melaka. Mangsa di bawa ke sebuah banggunan kedai dan kemudian melakukan hubungan seks.

Minta bantuan kawan sebelum diselamatkan..

Keesokan hari, kira-kira jam 11.30 malam suspek hantar mangsa ke Sentul atas permintaannya. Mangsa pula telah meminta bantuan daripada seorang kawan untuk tinggal di rumahnya.

Mangsa turut meminta bantuan rakan sekelas untuk jemput di Sentul untuk pulang ke rumah sebelum berjaya diselamatka.

Tangkapan dijalankan di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan, selain itu Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka turut membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan terhadap suspek.

Semoga kejadian ini dapat membuka mata ibu bapa supaya sentiasa mengikut rapat apa sahaja yang dilakukan anak-anak remaja.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas