Connect with us

Oh! Media

spm

Oh! Tidak

Remaja Mengadu Ibunya Tak Puas Hati Keputusan SPM Hanya 6A, 2B, Matematik Pula Lulus Atas Pagar

Sebagai ibu bapa, sudah pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Anak-anak juga sudah pasti ingin lakukan yang terbaik untuk banggakan ibu bapa mereka. Apapun, pelajar SPM ini berkongsi keputusan 6A,2B dan 1E yang berjaya dicapainya masih belum dapat memuaskan hati ibunya.

Perkara itu dikongsikan pelajar terbabit di TikTok sebagai peringatan kepada ibu bapa lain untuk sentiasa bersyukur dan meraikan pencapaian anak mereka.

IKLAN

Dapat keputusan yang baik dalam semua subjek tapi Matematik hanya lulus atas pagar…

Remaja ini turut berkongsi perbualan dia bersama ibu di aplikasi WhatsApp di mana ibunya risau anaknya tidak dapat masuk ke universiti dengan keputusan terbabit.

Keputusan along macam ni boleh masuk universiti? Lulus cukup-cukup makan je. Sepatutnya kesemua sembilan mata pelajaran yang diambil kena dapat A+. Ini along cuma dapat 6A, 2B dan 1E.

Lulus tapi kurang memuaskan, pergi mohon untuk peperiksaan SPM tahun depan pula.

Dalam perkongsian yang lain, pelajar itu menjelaskan bukan niatnya mahu mengaibkan ibunya. Dia juga berkata cara ibunya bercakap mungkin terlihat kasar tetapi niatnya hanya mahukan yang terbaik.

Dalam perbualan seterusnya ibu ada juga cakap tahniah dekat saya. Lagipun betul apa yang ibu katakan, persaingan untuk masuk ke universiti sekarang sengit, kalau Matematik tak dapat gred C ke atas, memang susah nak lepas.

Betul juga tu sebab kebanyakan IPTA memang nak subjet Matematik kredit untuk diterima masuk. Apapun, semoga adik kuatkan semangat dan cuba buat yang terbaik dalam apa sahaja peluang yang ada nanti.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas