Connect with us

Oh! Media

“Rehatlah Sayang. Mengadulah Dekat Mak Abah Awak Di Syurga” – Keluarga Mangsa Bakar Sungai Besar

mangsa sungai besar

Oh! Tidak

“Rehatlah Sayang. Mengadulah Dekat Mak Abah Awak Di Syurga” – Keluarga Mangsa Bakar Sungai Besar

Ibarat dirasuk syaitan, seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki membunuh kekasihnya dengan kejam semata-mata kerana mahu merahsiakan kehamilan luar nikah.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Berita Harian, suspek berusia 20 tahun didakwa memukul kekasihnya sehingga pengsan dan menikam perut mangsa sebelum bertindak membakarnya sebanyak dua kali.

BACA: Mayat Dibakar Di Sungai Besar, Suspek Mengaku Bunuh Untuk Rahsiakan Hubungan Luar Nikah

@wanirshid Rehatlah sayang. Mengadu lah dekat mak abah awak di syurga 🤲🏻🤍. #sungaibesar #fyp ♬ Tertawan Hati – Awdella

Di TikTok, ahli keluarga mangsa memohon orang ramai tak menyebarkan gambar arwah untuk menghormati keluarga yang baru sahaja kehilangan orang tersayang. Mereka menyerahkan siasatan kepada pihak polis untuk menyelesaikan kes ini.

Rehatlah sayang. Mengadulah dekat mak abah awak di syurga.

Menurut jiran yang enggan didedahkan identiti, mangsa adalah anak yatim piatu dan disifatkan sebagai pendiam.

bunuh sungai besar

Kedua-dua ibu dan bapanya meninggal dunia disebabkan masalah kesihatan. Saya bukan sahaja terkejut, malah seakan-akan tidak percaya dengan tragedi menyayat hati ini.

Jelas jiran lagi, ibu mangsa meninggal dunia tahun lalu, manakala bapanya pula meninggal setahun sebelum itu. Dia sebagai jiran terkejut apabila gambar mangsa mula tersebar di media sosial kerana amat mengenalinya.

Mangsa dikatakan sudah 10 tahun menyewa di kawasan taman perumahan itu bersama dua adik beradiknya. Mangsa hanya keluar untuk bekerja dan tak banyak bercakap.

Kredit: Berita Harian | TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas