Connect with us

Oh! Media

Mayat Dibakar Di Sungai Besar, Suspek Mengaku Bunuh Untuk Rahsiakan Hubungan Luar Nikah

Oh! Tidak

Mayat Dibakar Di Sungai Besar, Suspek Mengaku Bunuh Untuk Rahsiakan Hubungan Luar Nikah

Baru-baru ini tular mengenai kes bunuh seorang wanita yang dipercayai ditikam dan dibakar oleh teman lelakinya di sebuah kebun kelapa sawit, Sabak Bernam.

ADVERTISEMENT

BACA: 6 Anggota Polis Suspek Kes Bunuh Pemandu E-Hailing, Rupanya Pegawai Ada Skandal Dengan Isteri Mangsa?

Kejadian itu telah menarik perhatian ramai kerana motif pembunuhan tertuduh adalah bagi merahsiakan mangsa hamil hasil hubungan luar nikah mereka.

Mangsa bunuh

bunuh
kredit: Lowyat

Menurut Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Agus Salim Mohd Alias berkata kejadian terjadi apabila tertuduh bertengkar dengan mangsa berusia 21 tahun di lokasi kejadian sebelum bertindak membunuhnya.

Lelaki itu kemudian bertindak kejam apabila menoreh perut mangsa yang hamil sebelum membakar mayat wanita berkenaan.

Beliau juga memaklumkan tertuduh pulang ke rumah dan kembali keesokan harinya bagi membakar mangsa kali yang kedua kerana berasa tidak sedap hati.

Suspek yang berasa tidak sedap hati kemudian datang semula ke tempat kejadian dengan motosikalnya kira-kira jam 7 pagi dan sekali lagi bertindak membakar mayat mangsa menggunakan minyak petrol.

Mayat mangsa terbakar 60 peratus telah ditemui oleh orang awam yang ternampak asap dalam semak ketika melalui kawasan berhampiran.

Tertuduh ditahan

bunuh

Menurut sumber yang dimuat naik oleh Mohd Redzuan Abdul Manap di Twitter, tertuduh berusia 20 tahun mengaku menikam mangsa hingga mati menggunakan pisau, menoreh di bahagian perut dan membakar mayat wanita itu di tempat kejadian bagi melupuskan bukti.

Suspek tidak mempunyai kesalahan lampau dan telah ditahan reman oleh Mahkamah Majistret Kuala Selangor selama enam hari. Dia bakal disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum gantung sampai mati jika didapati bersalah.

Kredit: Twitter | Sinar Harian | Lowyat

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas