Connect with us

Oh! Media

“Rasa Kecewa, Malu Juga” – Insiden Gaduh, Ketua Jurulatih TFC II Tunggu Keputusan FAM

TFC II

Oh! Tidak

“Rasa Kecewa, Malu Juga” – Insiden Gaduh, Ketua Jurulatih TFC II Tunggu Keputusan FAM

Perlawanan di antara Terengganu FC II (TFC II) dan Penang FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Rabu lalu dicemari insiden pergaduhan antara pemain di atas padang.

ADVERTISEMENT

BACA: Tular Aksi ‘Kejar Mengejar’ Dua Pasukan Bola Sepak Di Rembau, Polis Beri Maklum Balas

Pengadil, Mohd Amirul Aizat Mat Lodin terpaksa menghentikan permainan pada minit ke-45 untuk mengawal keadaan.

Pemain TFC II, Penang FC gaduh

Lapor Harian Metro, Ketua jurulatih Terengganu FC II (TFC II), Badrul Afzan Razali, sedang menanti dan menerima apa sahaja keputusan yang dibuat FAM. Beliau berharap siasatan dilakukan secara menyeluruh untuk mengetahui punca sebenar pergaduhan.

Difahamkan, beliau tiada di stadium pada aksi terakhir merebut Piala Menteri Besar Terengganu kerana menjalani kursus Kejurulatihan Pro, Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Kuala Lumpur.

Rasa kecewa serta malu juga ada dengan insiden itu yang sepatutnya boleh dielakkan sekiranya pemain mengamalkan semangat kesukanan yang tinggi dan dapat kawal emosi.

Beliau sendiri mengakui terkejut dan tidak menyangka insiden pergaduhan boleh berlaku. Beliau hanya mendapat maklumat daripada kem pasukan dan pegawai serta video tular.

Dalam pada itu, Badrul menasihati anak buahnya supaya bijak mengawal emosi dan mengamalkan semangat kesukananan yang tinggi untuk mengelakkan kejadian sama berulang.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas