Connect with us

Oh! Media

Tular Aksi ‘Kejar Mengejar’ Dua Pasukan Bola Sepak Di Rembau, Polis Beri Maklum Balas

Trending

Tular Aksi ‘Kejar Mengejar’ Dua Pasukan Bola Sepak Di Rembau, Polis Beri Maklum Balas

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial memaparkan dua pasukan bola sepak yang bergaduh sesama sendiri dalam kejadian di Padang Dataran Rembau, Negeri Sembilan.

ADVERTISEMENT

BACA: Polis Tahan Lelaki Rampas Beg Tangan Ketika Bergaduh Kerana Kemalangan

Dalam kejadian itu, telah berlaku ‘pertikaman lidah’ antara kedua-dua pasukan sebelum tercetusnya aksi kejar mengejar sehingga menimbulkan kekecohan di kawasan tersebut.

Menurut sumber, pergaduhan itu dipercayai berpunca daripada salah faham semasa perlawanan sebelum mereka dileraikan oleh orang ramai di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Rembau keluarkan kenyataan, suasana berjaya dikawal

Berhubung dengan kejadian itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden, Hazri Mohamad berkata, pihaknya telah mengambil maklum mengenai penularan video tersebut.

Menerusi sebuah hantaran di laman Facebook milik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Rembau, kejadian yang berlaku di Padang Dataran Rembau itu telah pun diselesaikan secara baik.

Pihak polis juga dilaporkan telah mengatur penugasan Jaga Aman di kawasan tersebut selain turut berjaya mengawal keadaan daripada terus berlanjutan.

Tambahnya, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perbalahan pemain dalam padang semasa perlawanan dan terus merebak sehingga melibatkan pihak di luar padang.

Selain itu, Hazri Mohamad juga turut menafikan pergaduhan tersebut berpunca daripada perbezaan kaum atau parti politik serta tiada kecederaan dilaporkan berlaku.

Dalam kejadian ini tiada kecederaan atau kerosakan yang berlaku. Kejadian ini juga tidak melibatkan perbalahan kaum ataupun parti politik.

Kedua-dua pihak telah berjaya menyelesaikan masalah ini dengan baik dan tidak mahu memandangkan kejadian tersebut.

Tiada kertas siasatan dibuka, harap kejadian tidak lagi berulang

Dalam pada itu, beliau juga menyatakan pihaknya tidak akan membuka sebarang kertas siasatan mengenai kejadian tersebut selain berharap agar peristiwa berkenaan tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Selain itu, pihak polis turut menasihati orang ramai agar sentiasa mengamalkan prinsip bermasyarakat bagi mengekalkan keamanan dalam negara.

Pihak polis ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa mengamalkan prinsip bermasyarakat dan mendukung semangat Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan agar dapat mengekalkan keamanan dalam negara amnya dan daerah Rembau khasnya.

Bagaimanapun, pihaknya juga tidak akan bertolak ansur jika terdapat perbuatan yang sengaja menggugat ketenteraman awam dan tindakan tegas akan terus diambil.

Kredit: Facebook IPD Rembau

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas