Connect with us

Oh! Media

Raja Bomoh Akui Tak Tahu Perbuatannya Salah Dan Janji Tidak Ulangi Ritual Pelik Lagi Tapi…

raja bomoh

Trending

Raja Bomoh Akui Tak Tahu Perbuatannya Salah Dan Janji Tidak Ulangi Ritual Pelik Lagi Tapi…

Fuhh! Kecoh betul cerita pasal Raja Bomoh, Datuk Ibrahim Md Zin ni lepas tersebar ritual halau banjir dekat Teluk Intan sebelum ni. Kalau dulu viral sebab nak cari kapal terbang, sekarang Raja Bomoh muncul lagi sampai tarik perhatian pihak Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

ADVERTISEMENT

Selepas cuba mempertahan perbuatannya itu, Ibrahim akhirnya akur dengan arahan yang dikeluarkan JAIPk. Ini apabila ritual yang dilakukannya dianggap syirik dan khurafat menyebabkan dia bersama sepupu, Puteri Zaleha ditahan atas kesalahan mencela serta menghina agama Islam.

Beri alasan tidak tahu tentang fatwa pengharaman

Mereka yang ditahan bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan Mahkamah Rendah Syariah Ipoh. Mereka perlu membayar wang jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin dari ahli keluarga.

Sebelum ini saya sebenarnya berjanji dengan Jabatan Agama Islam Wilayah semasa Datuk Seri Dr Zukifli Mohamad Al-Bakri menjadi mufti. Saya tidak benarkan buat show (upacara perbomohan).

Saya tidak tahu pula ada undang-undang ini. Apabila saya dapat tahu, sebagai anak Perak, saya akan mematuhinya dan ikut semua fatwa-fatwa yang dikeluarkan JAIPk.

Jadi untuk akan datang ini saya tak akan buat lagi benda-benda yang tidak baik. Saya buat yang baik-baik saja untuk Perak dan seluruhnya. Terima kasih kepada JAIPk yang datang berbincang dan beri kesedaran kepada saya sebab selama ini saya tak tahu.

Saman RM300 juta tetap saman!

Nampaknya saman tetap saman. Ibrahim merasakan proses saman itu tetap akan dilakukan kerana ia telah mencalarkan namanya sebagai seorang raja bomoh.

Ada jabatan-jabatan berkenaan yang mengatakan saya tidak sihat. Itu telah menjatuhkan maruah saya sebagai raja bomoh. Sebab itu saya mahu saman mereka. Jabatan mana, itu saya belum mahu beritahu.

Apapun semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran kepada semua untuk sentiasa merujuk kepada pihak yang lebih arif sebelum melakukan sesuatu.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas