Connect with us

Oh! Media

Dijatuhi Penjara 3 Tahun Kerana Pukul Bomoh Perlis, Tok Singa Tampil Pertahan Diri

Ohmedia tok Singa

Trending

Dijatuhi Penjara 3 Tahun Kerana Pukul Bomoh Perlis, Tok Singa Tampil Pertahan Diri

Tok Singa akhirnya bersuara selepas dihukum penjara 3 tahun kerana pukul seorang bomoh Perlis sampai buta mata kiri.

Perawat tradisional, Tok Singa dan tiga lagi dihukum penjara tiga tahun selepas didapati bersalah memukul seorang pensyarah sehingga mangsa hilang penglihatan kekal pada mata kiri.

BACA: Tok Singa Dan 3 Perawat Tradisional Dijatuhkan Hukuman Penjara 3 Tahun

Terbaru, peguam yang mewakili Tok Singa dan tiga perawat lain memaklumkan bahawa pihaknya telah menfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi.

IKLAN

Pihaknya juga berjaya dalam permohonan untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara selama tiga tahun tersebut.

Tok Singa nak lawan di Mahkamah Tinggi

Jelasnya lagi, keempat-empat tertuduh telah dilepaskan dengan jaminan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi berlangsung.

Sementara itu, Tok Singa dalam kapsyen yang ditulis berkata, mereka tidak pernah mengaku bersalah selama kes berlangsung selama tiga tahun.

Jangan cepat menghukum semua, saya lawan kes dah 3 tahun dan saya tak mengaku yang saya pukul si bomoh Perlis tu. Saya ada hak lagi di Mahkamah Tinggi.

Apa yang menarik perhatian, Tok Singa turut mendakwa pertuduhan asal cuma Seksyen 323 (cedera ringan) tetapi bertukar ke Seksyen 325 Kanun Keseksaan selepas bomoh Perlis itu mendakwa buta mata kiri.

Tak mengaku pukul bomoh Perlis

Tok Singa Pukul

Fuh! Lain macam plot twist ni. Tok Singa juga menegaskan yang dia akan terus lawan kes ini habis-habisan dan failkan rayuan ke Mahkamah Tinggi.

Untuk makluman, kes ini berlaku sekitar Ogos 2021 di sebuah homestay di Kelantan. Seorang pengamal perubatan tradisional mendakwa cedera selepas dipukul empat lelaki.

Kejadian dilaporkan berpunca daripada perselisihan faham ketika mangsa merawat seorang wanita yang terkena sihir.

Pssttt! Kecoh satu Malaysia kes ni dulu kan? Sekarang dah pun jatuh hukuman, kita tunggu keputusan rayuan di Mahkamah Tinggi pula.

Kredit: Facebook Tok Singa
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas