Connect with us

Oh! Media

Public Health Malaysia Tegur Project: High Council, Banyak Adegan ‘Berasap’ Secara Terbuka

project high council merokok

Oh! Tidak

Public Health Malaysia Tegur Project: High Council, Banyak Adegan ‘Berasap’ Secara Terbuka

Memaparkan sisi gelap pelajar di sekolah berasrama, drama bersiri, Project: High Council menerima sambutan hangat daripada penonton.

ADVERTISEMENT

Namun, drama ini menerima teguran daripada Public Health Malaysia kerana memaparkan banyak aksi merokok secara terbuka.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Public Health Malaysia berkata, kebiasaan pelajar di sekolah asrama merokok secara tersembunyi bukanlah secara terang-terangan seperti yang ditunjukkan.

Terlalu banyak adegan merokok dalam Project High Council

project high council

Contoh adegan adalah Kahar, Naim dan pelajar lain merokok di dalam bilik asrama. Adegan kedua adalah Mia dan Naim yang merokok bersama ketika berjumpa. Selain itu, Naim dan Fakhri yang diketahui bawah umur merokok di halaman rumah.

merokok project high council

Sebagai penonton, Public Health Malaysia melihat terlalu banyak adegan merokok yang dirasakan tak perlu. Jelasnya lagi, ini merupakan tanggungjawab sosial untuk memberi kesedaran kepada produksi dan masyarakat mengenai isu ini.

Kredit: Facebook Public Health Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas