Connect with us

Oh! Media

Nora Ariffin PU Syed

Oh! Tidak

PU Syed Tegur Datuk Nora Ariffin Guna AI Untuk ‘Berduet’ Dengan Arwah Suami

Penceramah bebas, PU Syed menegur penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk “menghidupkan” wajah arwah suaminya dalam konsertnya baru-baru ini. 

Menurut laporan Oh Bulan, konsert tersebut bertajuk Hanya Satu Datuk Nora Ariffin 30 Years Journey.

IKLAN

“Tidak dibolehkan menurut syarak” – PU Syed

pu syed

PU Syed mengetahui perkara itu selepas menerima satu video pendek daripada seorang individu yang meminta pendapatnya mengenai tindakan Nora. 

Beliau menyatakan bahawa perbuatan menggunakan gambar untuk tujuan yang tidak membawa manfaat seperti berduet, tidak dibenarkan oleh syarak.

Dia buat duet bersama dengan arwah suaminya ketika konsert. Perbuatan menggerakkan gambar tanpa tujuan yang baik maka tidak dibenarkan.

Tambahnya lagi, tindakan itu boleh mendatangkan keaiban kepada arwah suami penyanyi tersebut.

Jaga hati suami baru

nora ariffin

Bukan tu jer, PU Syed turut menekankan bahawa Datuk Nora kini adalah isteri kepada orang lain dan tindakan ini boleh melukakan hati suaminya.

Kena jaga hati suami supaya tidak menyakiti hatinya.

PU Syed mencadangkan agar Nora merujuk portal rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk mendapatkan pandangan lebih lanjut berkaitan isu ini.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi daripada Datuk Nora mengenai teguran terbuka ini. 

Namun, isu ini telah mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen. Ada yang menyokong pandangan PU Syed dan ada juga yang menganggap perkara itu adalah satu bentuk penghormatan kepada arwah suaminya.

#OhmediaNasihat

Teknologi sememangnya memudahkan banyak perkara, tetapi penggunaannya perlu sesuai dengan garis panduan agama dan budaya kita. Sebelum menggunakan teknologi seperti AI, penting untuk mendapatkan pandangan pihak yang berautoriti seperti mufti atau pakar agama. 

Hormatilah perasaan semua pihak, termasuk keluarga dan pasangan, untuk mengelakkan sebarang salah faham.

Nora Ariffin PU Syed

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Oh Bulan


Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas