Connect with us

Oh! Media

Presiden Ukraine Mohon FIFA Benarkannya Berucap Dalam Stadium Sebelum Final Piala Dunia Tapi…

presiden ukraine

Oh! Tidak

Presiden Ukraine Mohon FIFA Benarkannya Berucap Dalam Stadium Sebelum Final Piala Dunia Tapi…

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky dilaporkan ada meminta izin pihak Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) bagi membenarkannya berucap dalam stadium sebelum perlawanan akhir Final Piala Dunia Qatar antara Argentina menentang Perancis pada Ahad ini.

ADVERTISEMENT

Zelensky memohon untuk berucap mengenai topik keamanan dunia dan muncul dalam bentuk video. Memetik laporan DailyMail, FIFA bagaimanapun menolak permohonan terbabit dan Pejabat Presiden Ukraine dilapor terkejut dengan keputusan itu. Mereka terkejut kerana menyangkakan tujuan FIFA adalah untuk tujuan kebaikan.

Perbincangan antara kedua-dua pihak ini dilaporkan masih berjalan dan berkemungkinan sebarang keputusan akan berubah di saat akhir.

Pihak CNN bagaimanapun masih gagal mendapatkan pengesahan dari FIFA berhubung perkara ini. Zelensky sebelum ini kerap berucap di pentas dunia bagi mendapatkan sokongan keamanan atas serangan Rusia.

Kredit: Dailymail | CNN

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas