Connect with us

Oh! Media

Polis Tahan Lelaki Myammar Disyaki Rogol Remaja 14 Tahun, Jumpa Gambar Bogel

Oh! Tidak

Polis Tahan Lelaki Myammar Disyaki Rogol Remaja 14 Tahun, Jumpa Gambar Bogel

Kejadian rogol dan cabul melibatkan gadis bawah umur di negara kita bukan pertama kali dilaporkan. Sebelum ini sudah ada beberapa kejadian di mana remaja menjadi mangsa nafsu serakah lelaki yang tidak bertanggungjawab.

ADVERTISEMENT

BACA: Rogol Gadis Bawah Umur, Warga Asing Dihukum Penjara 6 Tahun

Terbaru, polis menahan seorang lelaki warga Myammar di atas tuduhan merogol remaja perempuan yang berusia 14 tahun.

Lapor Harian Metro, kejadian itu berlaku di Marang Terengganu. Suspek ditahan selepas ahli keluarga mangsa membuat laporan polis pada Ahad.

myammar
Sekadar gambar hiasan

Sejurus laporan, polis berjaya menahan suspek berusia 30 tahun di sebuah rumah yang sedang dalam pembinaan di daerah itu.

Jelas Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris, siasatan awal mendapati suspek mengaku merogol mangsa. Polis turut menjumpai beberapa gambar bogel ketika membuat pemeriksaan di telefon bimbit suspek.

Suspek dilaporkan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan hasil ujian dadah menunjukkan negatif.

Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas