
Oh! Tidak
PM Umum Bantuan RM10,000 Buat Mangsa Nahas Tanah Runtuh
Oleh
Kita dikejutkan dengan tragedi tanah runtuh yang terjadi di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali awal pagi tadi.
BACA: Terkini! 13 Mangsa Disahkan Meninggal Dunia Dalam Tragedi Tanah Runtuh
Difahamkan seramai 94 orang mangsa yang terlibat dengan tragedi yang menyayat hati itu. Allahu…
PM umum bantuan buat semua mangsa
Terbaru, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan akan memberikan bantuan tunai sebanyak RM10,000 untuk keluarga mangsa korban dalam tragedi tanah runtuh tersebut.
Memetik laporan FreeMalaysiaToday, bantuan wang ihsan sebanyak RM1,000 juga akan diberikan buat ketua isi rumah bagi mangsa-mangsa terselamat.
Agensi Pengurusan Bencana Negara dan Jabatan Perdana Menteri akan menyalurkan peruntukan itu kepada setiausaha kerajaan negeri (SUK) Selangor selaku pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.
SUK Selangor akan menyalurkan bantuan itu terus kepada mangsa.
Sehingga kini, angka korban difahamkan telah pun mencecah seramai 21 orang, dengan operasi mencari 12 lagi mangsa hilang masih diteruskan.
Kredit: FreeMalaysiaToday
