
Oh! Tidak
Terkini! 13 Mangsa Disahkan Meninggal Dunia Dalam Tragedi Tanah Runtuh
Oleh
Terkini sehingga jam 11 pagi tadi! Seramai 13 mangsa disahkan meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Genting-Batang Kali awal pagi tadi. Allahu..
Menurut satu posting yang dibuat redzuanNewsMPB di Twitter, perkara itu diumumkan sendiri Kementerian Kesihatan.
25 mangsa disahkan masih terperangkap dan usaha mencari dan menyelamatkan mangsa sedang dilakukan polis.
Ketinggian runtuhan itu dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan sebesar tiga ekar. Allahu..
Sayu je bila tengok suasana di sana. Semoga yang baik-baik saja dan misi pencarian bagi kesemua mangsa dipermudahkan.
1. Video kenderaan dan khemah tertimbus akibat kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik di Father’s Organic Farm , Batang Kali, Selangor.#tanahruntuh #GentingHighlands #BatangKali
— Buletin FM🇲🇾 (@buletinfm) December 16, 2022
Kredit: @bombaJBPM & @redzuanNewsMPB pic.twitter.com/JyHbApEH9g
Kredit: Twitter redzuanNewsMPB
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
