Connect with us

Oh! Media

Pilu, Seorang Mangsa Banjir Ditemui Lemas Lepas Air Surut

lemas

Oh! Tidak

Pilu, Seorang Mangsa Banjir Ditemui Lemas Lepas Air Surut

Selepas keadaan banjir surut di Pangsapuri Alam Idaman, Seksyen 22 Shah Alam, seorang lelaki dipercayai lemas telah dijumpai di kawasan tersebut.

ADVERTISEMENT

BACA: Lebuh Raya Persekutuan Ditenggelami Air, Ribuan Kenderaan Terkandas

Menurut laporan Kosmo, orang awam menjumpai mayat mangsa yang berusia dalam 30-an itu di jalan utama pada jam 7.50 malam.

Tiada unsur jenayah pada badan mangsa

lemas
Penemuan mayat mangsa. (Foto: Kosmo)

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, selepas menerima panggilan kecemasan, pihaknya telah bergegas menuju ke lokasi kejadian.

Hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang kecederaan meragukan pada tubuh mangsa, selain itu, tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian berkenaan.

Mangsa merupakan penghuni sebuah lagi pangsapuri di sekitar kawasan tersebut. Kes kematian mangsa diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Semoga keluarga mangsa ikhlas dengar pemergian mangsa. Semoga semua yang terlibat dengan bencana banjir diberikan kekuatan oleh Allah untuk mengharungi hari-hari seterusnya.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas