Connect with us

Oh! Media

Lebuh Raya Persekutuan Ditenggelami Air, Ribuan Kenderaan Terkandas

lebuh raya

Oh! Tidak

Lebuh Raya Persekutuan Ditenggelami Air, Ribuan Kenderaan Terkandas

Banjir kilat akibat limpahan air dari Sungai Damansara telah membuatkan Batu 3, Lebuh Raya Persekutuan ditenggelami air dan ribuan pengguna lebuh raya terkandas di atas jalan.

ADVERTISEMENT

BACA: Selangor Berisiko Dilanda Banjir, Libatkan 9 Daerah?

Menerusi laporan Kosmo, kejadian tersebut berlaku disebabkan penutupan kecemasan Plaza Tol Shah Alam dan persimpangan lebuh raya berhampiran Stesen Komuter Batu 3.

Banjir kilat punca plaza tol ditutup

Menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, plaza tol itu ditutup pada jam dua petang tadi kerana berlaku banjir kilat.

Susur keluar mandatori telah diaktifkan di Plaza Tol Subang dan Seafield bagi trafik menghala ke arah selatan dan utara. Laluan masuk di laluan Bukit Raja dan Setia Alam menghala ke Shah Alam juga ditutup.

Pengguna lebuh raya yang terputus hubungan di antara Setia Alam dan Subang menghala ke Shah Alam serta Lebuh Raya ELITE dikehendaki membuat pusingan U kecemasan melalui akses sementara

Pihak PLUS menunjukkan kekesalan atas kesulitan yang berlaku disebabkan oleh hujan lebat berterusan di kawasan tersebut.

lebuh raya

Plaza tol yang ditutup akan dibuka semula jika pihak PLUS dapat memastikan pembukaan semula itu selamat buat semua pengguna lebuh raya.

Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mematuhi papan tanda amaran dan arahan pihak berkuasa di lapangan. – Datuk Zakaria

Diharapkan untuk semua yang berada di kawasan yang terlibat dengan banjir duduk sahaja di rumah dan jangan keluar dulu. Buat masa ni bahaya untuk kita berada di luar kerana pelbagai kemungkinan boleh terjadi. Utamakan keselamatan anda dan keluarga okay!

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas