
Oh! Tidak
“Pergi Solat Jumaat Kena Potong Gaji?” – Lelaki Terkejut Syarikat Di Johor Tak Ikut Panduan JTK
Lelaki terkejut gaji dipotong kerana solat Jumaat di Johor, netizen desak JTK siasat.
Seorang lelaki meluahkan rasa terkejut mendapati gajinya dipotong hanya kerana menunaikan solat Jumaat.
Kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah syarikat di Johor, meskipun negeri itu sudah lama mempunyai garis panduan jelas daripada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) mengenai waktu rehat solat Jumaat.
Lelaki ini menyangka semua syarikat di Johor sudah mematuhi arahan tersebut, tapi rupa-rupanya masih ada syarikat tak beri ruang rehat kepada pekerja Muslim pada hari Jumaat.
“Tolong bagi rehat solat Jumaat, kalau tak gua jalan dari sini”

Dia berkongsi tangkap layar slip gaji yang menunjukkan potongan “time off” serta perbualannya dengan HR yang mengesahkan pemotongan itu.

Tambahnya, bulan lalu dia hanya sempat menunaikan solat Jumaat dua kali sahaja kerana waktu kerja yang tidak fleksibel.
Semalam dah cakap dengan HR, tolong bagitahu boss, tolong bagi rehat solat Jumaat. Kalau tak jalan juga, gua yang jalan dari sini.
Malah, bulan ini dijangka mempunyai lima Jumaat, sekali gus membuatnya nekad untuk menuntut hak sebagai pekerja Muslim.
Netizen desak JTK ambil perhatian
Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen, ramai yang memohon lelaki ini membuat laporan rasmi kepada Jabatan Tenaga Kerja.
Kalau betul berlaku kat Johor, memang tak patut. Dah ada guideline jelas. Solat Jumaat tu kewajipan, bukan alasan nak curi tulang.
Pssttt! Dah 2025, masih ada syarikat yang sanggup potong gaji pekerja sebab pergi solat Jumaat. Isu ini bukan soal rehat semata, tapi soal hak dan tanggungjawab sebagai umat Islam. Harap JTK dan pihak berkuasa ambil tindakan tegas agar kejadian macam ni tak terus berulang.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
