Connect with us

Oh! Media

Penyakit Cacar Monyet Kini Merebak Ke 15 Negara

cacar monyet

Trending

Penyakit Cacar Monyet Kini Merebak Ke 15 Negara

Penyakit cacar monyet kini dikatakan sudah merebak ke 15 negara, termasuk Israel, Switzerland dan Austria. Menerusi Utusan, BBC melaporkan bahawa Israel dan Switzerland telah mengesahkan jangkitan tersebut melibatkan seorang individu yang memiliki sejarah ke luar negara.

ADVERTISEMENT

BACA: Tolak Pemberian Visa, Faizal Azumu Pertahan Keputusan Larang Atlet Israel ‘Jejak’ Malaysia

Kalau korang nak tahu, cacar monyet ini merupakan penyakit berjangkit yang memiliki simpton ringan seperti demam, pening kepala dan sakit otot. Penyakit ini juga telah diklasifikasikan sebagai wabak endemik di barat dan tengah Afrika.

92 kes positif

cacar monyet

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan, 92 kes positif telah direkodkan termasuk 28 kes suspek cacar monyet dari 12 negara anggota yang tidak mengklasifikasikan endemik bagi wabak itu.

Penyakit ini sangat membimbangkan kerana ia boleh berjangkit apabila seseorang itu melakukan hubungan seks.

Cacar monyet ini juga telah sama bahayanya seperti varian Covid-19, malah lebih bahaya kerana belum ada vaksin yang spesifik untuk mencegahnya.

Nampaknya penyakit ini sudah semakin meluas. Semoga rakyat dan negara kita dilindungi daripada penyakit cacar monyet ini.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas