Connect with us

Oh! Media

Penjawat Awam Di Perlis Dapat Bantuan Khas Sebanyak RM900?

Penjawat awam

Trending

Penjawat Awam Di Perlis Dapat Bantuan Khas Sebanyak RM900?

Atas tanda penghargaan sumbangan kepada pentadbiran negara, penjawat awam bagi Gred 56 dan ke bawah di Perlis akan mendapat Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM900.

ADVERTISEMENT

BACA : Skim Bantuan Keluarga Malaysia Pula Akan Diberi Kerajaan Tak Lama Lagi

Menurut laporan Harian Metro, ianya telah dibentangkan dalam Bajet Perlis 2022 dan perkara ini dikatakan sendiri Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man.

Bukan tu jer, beliau juga telah mengumumkan bantuan sebanyak RM550 buat pesara yang telah berbakti sebelum ini. 

Walaupun jumlahnya tidak seberapa, diharapkan ini akan memberikan dorongan dan mencetus semangat semua penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan penuh komitmen dan dedikasi.

Katanya lagi, mereka ini merupakan adalah tulang belakang kerajaan. Kerajaan juga beruntung kerana perkhidmatan awam dan penjawam awam di negeri itu mempunyai kualiti FAST iaitu fathonah (bijaksana), amanah, siddiq (benar) dan tabligh (menyampaikan).

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telergram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas