Connect with us

Oh! Media

Skim Bantuan Keluarga Malaysia Pula Akan Diberi Kerajaan Tak Lama Lagi

BKM

Trending

Skim Bantuan Keluarga Malaysia Pula Akan Diberi Kerajaan Tak Lama Lagi

Kerajaan akan menyediakan bantuan tunai sebanyak RM8.2 bilion dibawah skim Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pada tahun depan bagi kekal komited membantu golongan yang memerlukan dan berpendapatan rendah. 

ADVERTISEMENT

BACA : “Bantuan Kewangan Akan Terus Berjalan” – Tengku Zafrul

Menurut laporan Kosmo, BKM ini akan dibayar kepada 9.6 juta penerima dan perkara ini dikatakan sendiri Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Bagi sesiapa yang tidak lulus permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) atau Bantuan Khas COVID (BKC) B40 sebelum ini, korang tak perlu risau sebab kerajaan juga akan mempertimbangkan BKM ini secara automatik tanpa membuat permohonan supaya korang tak tercicir. 

Tempoh pendaftaran bagi permohonan baru dan kemaskini BKM akan dibuka bermula 1 Januari sehingga 31 Januari 2022. Korang jangan lupa daftar atau kemaskini nanti ya.

Semoga dengan usaha kerajaan ini serba sedikit dapat membantu mereka yang terjejas diluar sana. Apapun, semoga wabak ini dapat berakhir dengan segera supaya kita semua dapat menjalani kehidupan seperti sedia kala.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas