Connect with us

Oh! Media

Pengawal Keselamatan Ditahan, Lima Tahun Menyamar Jadi Tentera Kerana Mahu Pikat Janda Dalam Kem

Oh! Tidak

Pengawal Keselamatan Ditahan, Lima Tahun Menyamar Jadi Tentera Kerana Mahu Pikat Janda Dalam Kem

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Itulah peribahasa yang sesuai digunakan bagi kesalahan melibatkan seorang pengawal keselamatan yang akhirnya berjaya ditahan pihak polis.

ADVERTISEMENT

BACA: ‘BFF’ Suami Terlalu Clingy , Hari-Hari Paksa Nak Jumpa Buat Isteri Mengandung Bengang!

Seorang lelaki yang merupakan pengawal keselamatan berjaya ditahan selepas lima tahun menyamar sebagai seorang anggota tentera.

Kosmo Online melaporkan motif penyamaran yang dibuat lelaki itu adalah ingin memikat seorang anggota tentera wanita yang berstatus janda.

Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab, pihaknya berjaya merampas pakaian seragam tentera berserta aksesori seperti beg yang mempunyai logo pasukan keselamatan dan sepasang gari dalam satu serbuan yang dilakukan di Rumah Rakyat Sungai Layang, Rembau kira-kira jam 5.50 petang kelmarin.

Hasil soal siasat, lelaki tersebut mengaku terbabit dalam kes menyamar sebagai pegawai tentera di Kem Batalion Kedua, Rejiman 508, Askar Wataniah, Kem Tampin di sini.

Suspek melakukan kesalahan itu pada 8 Disember 2018.

Suspek mahu membuktikan kepada wanita itu bahawa dia seorang pegawai berpangkat tinggi dalam ATM.

Tambah beliau lagi, suspek didapati menyamar sebagai pegawai berpangkat kolonel dalam Grup Gerak Khas, Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Suspek masuk ke kawasan kem atas urusan ingin berjumpa dengan pegawai berpangkat Sarjan Mejar dan Penolong Pegawai Memerintah.

Bagaimanapun, lelaki itu gagal menunjukkan kad identiti ATM selepas diminta berbuat demikian

Beli pakaian seragam dari seorang anggota tentera yang lari daripada tugas

Superintendan Anuwal turut memaklumkan bahawa suspek mempunyai pakaian seragam anggota tentera selepas membelinya dari seorang anggota tentera yang lari daripada tugas.

Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas