Connect with us

Oh! Media

‘BFF’ Suami Terlalu Clingy , Hari-Hari Paksa Nak Jumpa Buat Isteri Mengandung Bengang!

paksa nak jumpa

Trending

‘BFF’ Suami Terlalu Clingy , Hari-Hari Paksa Nak Jumpa Buat Isteri Mengandung Bengang!

Tular di media sosial, seorang isteri yang sedang mengandung mengadu stress dan bengang dengan kawan baik suaminya yang setiap hari paksa nak jumpa.

ADVERTISEMENT

BACA: Dihalau Mentua Lepas Suami Masuk Lokap, Ini Punca Wanita Pukul Anak Dalam Bas

Kehidupan berumah tangga ni tak sama dengan kehidupan bujang. Kalau belum kahwin, setiap malam nak lepak dengan kawan pun memang tak ada masalah sebab belum ada yang menunggu di rumah.

Namun, lelaki kalau dah buat pilihan nak berkahwin, kena lah korbankan masa ‘lepak’ yang dulu sampai dua tiga pagi tu bersama isteri tercinta pula. Takkan lepas kahwin pun tak nak ubah cara hidup, kan?

BFF suami tak faham bahasa

ORANG KETIGA – Anda Boleh Di Dakwa Di Mahkamah. Bayar Denda Atau Dipenjara,  Jangan Main-Main Ya! | Gempak

Kalau suami yang suka lepak dan keluar, boleh lah si isteri tegur kan? Haa, kali ini lain pula situasi yang dihadapi oleh seorang wanita yang mengadu di Twitter TwtWedding.

Wanita ini meluahkan rasa tak puas hati dan geram bila kawan baik suaminya sendiri yang kerap mengajak suaminya keluar lepak setiap malam.

Bukannya tak izinkan, tapi kalau dah setiap malam lepas balik kerja ajak jumpa, si isteri dekat rumah ni tak ada masa berdua langsung dengan suami. Tak kesian ke?

Kawan baik suaminya itu seolah-olah tak faham akan situasi si suami yang dah berkahwin. Macam tak ada common sense langsung. Lagi menyakitkan hati, suami wanita ini bekerja satu tempat dengan kawan baiknya itu. Fuhh, memang membara hati ni baca luahan si isteri.

Dah la masa kerja hari-hari jumpa, setiap malam pun wajib nak jumpa? Mana lah si isteri tak bengang.

Suami cakap tak, BFF masih datang rumah nak lepak

Image
Image
paksa nak jumpa
Image

Macam mana? Geram tak korang baca?

Haa wanita ni siap bagi nasihat untuk mereka yang ada kawan baik dan sudah berumah tangga, supaya tak mengganggu privacy orang. Takkan lah benda mudah macam ni pun tak boleh faham kan?

Bukan tu je, bila dah luahkan cerita berkenaan ‘kawan baik’ suaminya itu, ramai yang ingat kawannya itu’gay’ tetapi sebenarnya tidak. Menurut si isteri, kawannya itu cuma ‘lonely’ tak ada orang rapat nak lepak bersama.

paksa nak jumpa
paksa nak jumpa

Nasihat buat lelaki di luar sana, nak melepak tu boleh, tapi berbatas lah ye bila dah berkahwin. Kalau seharian kerja tak jumpa isteri, takkan lah malam pun nak keluar lepak dengan rakan-rakan?

Kalau rasa belum sedia untuk tinggalkan zaman bujang, zaman ‘melepak’, jangan kahwin dulu, biar tak kusut kepala tu. Ingat, lelaki ni tanggungjawab dia besar bila dah berkahwin, jangan ambil remeh hal rumah tangga. Hati isteri kalau jaga dengan betul dan sempurna, In sha Allah dipermudahkan urusan harian.

Yang kawan pun janganlah tak faham bahasa bila kawan baik tu dah berkahwin. Bagi lah ruang untuk kawan tu bersama dengan isteri. Bukan tak boleh lepak, tapi berpada-pada la ye.

Korang dengar la apa Jep Sepahtu nasihatkan ni. Semoga bermanfaat!

@inspirationonlyforyou #insprirationonlyforyou ♬ Jep Sepah pernah berkata – amiruLnaim55

Kredit: TwtWedding

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas