Connect with us

Oh! Media

Pemandu Lori Sondol ‘King’ Hingga Remuk Positif Dadah

lori sondol

Trending

Pemandu Lori Sondol ‘King’ Hingga Remuk Positif Dadah

Petang tadi tersebar gambar dan video menunjukkan sebuah lori sondol lima buah kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

ADVERTISEMENT

BACA: Lelaki Terlibat Kemalangan, Kereta ‘Hancur’ Tak Sampai Sehari Menang Cabutan Bertuah

Apa yang paling menarik perhatian adalah nasib pemandu Perodua Myvi yang tersepit selepas kenderaannya remuk teruk dirempuh dari arah belakang.

Pemandu Myvi itu bernasib baik apabila berjaya keluar dari kenderaan itu dan mendapat tepukan semangat daripada orang awam yang cuba membantu. Mangsa hanya mengalami kecederaan ringan pada bahagian muka dan telah mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Pemandu lori didapati positif dadah

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh memaklumkan hasil siasatan pemandu lori yang merempuh lima kenderaan didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamin.

Pemandu yang memandu Myvi berwarna kuning berusia 45 tahun tersebut hanya mengalami kecederaan ringan pada bahagian muka dan telah mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Kita juga telah menahan pemandu lori berkenaan dan mendapati lelaki terbabit tidak berada dalam pengaruh alkohol namun positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamin.

Pemandu warga tempatan itu berusia 25 tahun dan telah di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. Kes disasat mengikut Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh dadah.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas