Connect with us

Oh! Media

Lelaki Terlibat Kemalangan, Kereta ‘Hancur’ Tak Sampai Sehari Menang Cabutan Bertuah

Cabutan Bertuah

Trending

Lelaki Terlibat Kemalangan, Kereta ‘Hancur’ Tak Sampai Sehari Menang Cabutan Bertuah

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Seorang lelaki dari UK telah memenangi cabutan bertuah dengan membawa pulang sebuah kereta Mitsubishi Lancer Evo IX FQ 320 – 2.0 Mivec Turbo dengan kos penyertaan semurah RM11.26

Lelaki yang dikenali sebagai Adam Gritffiths telah menempuh perjalanan sejauh 144km untuk mengambil kunci kereta berkenaan daripada penganjur cabutan bertuah iaitu, Dream Car Giveaways.

IKLAN

Namun, malang tidak berbau apabila kereta yang dibawa pulang tidak sampai 24 jam itu telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Kemalangan mengakibatkan bahagian hadapan dan belakang kereta rosak teruk.

kemalangan kereta Mitsubishi Lancer

Berita kemalangan tersebut telah dikongsikan Polis South Wales menerusi satu ciapan walau bagaimanapun telah dipadam tidak lama selepas ianya dimuat naik. Pihak penganjur cabutan bertuah turut mengesahkan kemalangan itu di laman Facebook.

Ini salah saya, saya cedera dalam kemalangan ini dan saya harus menghadapi akibatnya.

Susulan itu, dia dihujani dengan pelbagai komen dari warga maya di media sosial sehingga dia terpaksa menutup akaun Facebook miliknya.

Kredit: The Vocket

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas