Connect with us

Oh! Media

#PelikPelikJe Syarikat Sains Berjaya Cipta Bebola Daging Guna DNA Gajah Mammoth

20230329 130933 0000

Oh! Tidak

#PelikPelikJe Syarikat Sains Berjaya Cipta Bebola Daging Guna DNA Gajah Mammoth

Tular di media sosial baru-baru ini mengenai hasil ciptaan sebuah syarikat sains mengenai bebola daging berasal daripada DNA gajah mammoth. Huh, biar betul?

BACA: #PelikPelikJe Takut Mentega Kacang? Ini Adalah 5 Fobia Aneh Di Dunia

Syarikat tersebut dikenali sebagai Muzium Sains Nemo Amsterdam atau Vow, mengatakan mereka telah menggabungkan urutan DNA gajah Afrika, iaitu saudara terdekat haiwan yang telah pupus itu.

IKLAN

Bebola daging Mammoth

Mammoth meatball 2 1536x1024jpg

Vow telah menggunakan konsep cultivated meat ataupun daging yang dibiak dengan menggunakan DNA dan sel-sel haiwan bagi memberi pengalaman memakan daging yang sebenar tanpa perlu membunuh atau menyembelih haiwan.

DNA mammoth tersebut dimasukkan ke dalam sel kambing biri-biri dan dibiak berkali ganda di dalam sebuah makmal hingga mencukupi untuk menjadi bebola daging.

Menurut pengasas Vow, Tim Noakesmith berkata daging tersebut mempunyai rasa seakan daging buaya. Namun, buat masa sekarang ianya masih lagi belum boleh dimakan oleh manusia.

Agak-agak korang berani tak nak try makan bebola daging ini?

Kredit: Amanz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas