Connect with us

Oh! Media

#PelikPelikJe Takut Mentega Kacang? Ini Adalah 5 Fobia Aneh Di Dunia

Oh! Lifestyle

#PelikPelikJe Takut Mentega Kacang? Ini Adalah 5 Fobia Aneh Di Dunia

Ketakutan melampau seseorang terhadap sesuatu perkara yang dianggap biasa boleh dikatakan sebagai fobia.

ADVERTISEMENT

BACA: #PelikPelikJe Tular Ada Individu Boleh ‘Bau’ Hujan Akan Turun

Namun, siapa sangka dalam dunia ini terdapat pelbagai fobia yang pelik dan unik. Kali ini, kami akan kongsikan dengan pembaca mengenai lima fobia pelik yang terdapat di dunia.

Chorophobia

chorophobia fobia pelik dunia

Salah satu fobia yang pelik adalah Chorophobia. Fobia ini merupakan ketakutan terhadap gerakan tarian. Penderita bagi fobia ini akan mengalami serangan panik ketika melihat tarian selain degupan jantung meningkat, pernafasan menjadi laju, kekejangan otot dan berpeluh.

Allodoxaphobia

Fobia yang pelik dunia

Fobia ini merupakan fobia terhadap kritikan dan pandangan orang lain terhadap diri. Buat individu yang mempunyai masalah ini akan sering berasa takut dan gelisah ketika mendengar kritik. Oleh itu, mereka akan biasanya bersendirian kerana tidak mahu hidup dalam keadaan memikirkan apa dikatakan orang lain tentang dirinya.

Arachibutyrophobia

fobia pelik dunia

Arachibutyrophobia pula merupakan fobia terhadap mentega kacang. Pelik bukan? Tetapi ketakutan terhadap makanan ini wujud dalam dunia nyata. Fobia ini terjadi disebabkan oleh penderita takut tersedak dengan mentega kacang yang melekat pada lelangit sewaktu memakannya.

Omphalophobia

fobia pelik dunia

Tahu tak bahawa ketakutan terhadap pusat sebenarnya wujud? Fobia ini dipanggil sebagai Omphalophobia. Individu yang mempunyai fobia ini akan merasa takut ketika melihat atau menyentuh pusat tidak kira milik diri sendiri mahupun orang lain.

Anuptaphobia

fobia pelik dunia

Buat yang bujang dan rasa terdesak ingin berkahwin, anda mungkin mempunyai fobia Anuptaphobia. Masalah ini akan membuat seseorang menderita untuk tidak ingin hidup bersendirian dan mereka berasa takut terhadap kesunyian yang mungkin disebabkan trauma pada masa lalu.

Haa, tak sangka wujud juga fobia-fobia yang pelik macam di atas. Tapi, diingatkan untuk cuba perhatikan keadaan sekeliling kerana ia tidak mustahil atau mungkin berlaku pada keluarga atau rakan-rakan anda.

Kredit: Mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas