
Oh! Tidak
Pelanggan Ugut Dengan Tunjuk Pistol Gara-Gara Ditegur Jangan Merokok
Baru-baru ini, seorang pengurus di sebuah medan selera berdepan detik cemas selepas menegur pelanggan yang merokok di premisnya. Tindakan berani itu membawa kepada ugutan menggunakan senjata yang dipercayai sepucuk pistol.
Dalam rakaman video yang tular, terlihat pertengkaran antara tiga individu, dua lelaki dan seorang wanita.
Keadaan tegang itu berlaku apabila lelaki terbabit tidak berpuas hati dengan teguran pengurus dan bertindak menunjukkan pistol yang terselit di pinggangnya.
“Lelaki Baju Putih Tunjuk Pistol”- Pekerja…
Menurut mesej yang tular dari seorang pekerja medan selera tersebut, kejadian berlaku dua hari sebelum rakaman itu tersebar. Dia menceritakan situasi di sebalik kejadian.
Dua hari lepas, lelaki yang berbaju putih dan kawan dia hisap rokok kat food court kami. Jadi manager tegur dengan cara sopan, tapi dia tak boleh terima. Lepas tu dia siap tunjuk pistol dia.- Katanya.
Tambahnya lagi, lelaki berkenaan juga mengacukan pistol ke perut pengurus tersebut, menambahkan ketegangan situasi di tempat kejadian.


#OhmediaNasihat
Ohmedia nak ingatkan korang, penting untuk kita saling menghormati antara satu sama lain, lebih-lebih lagi di tempat awam. Jika ditegur, ambil secara positif.
Pada masa yang sama, Ohmedia berharap semua pengurus dan pekerja di tempat-tempat awam sentiasa berhati-hati dan menjaga keselamatan diri. Jika berlaku situasi berbahaya, elakkan daripada bertindak secara melulu dan segera dapatkan bantuan pihak berkuasa.
