Connect with us

Oh! Media

Pasangan Projek Atas Kubur Serah Diri

Ohmedia projek atas kubur

Oh! Tidak

Pasangan Projek Atas Kubur Serah Diri

Pasangan kantoi buat aksi tidak senonoh di tanah perkuburan selepas video tular, kedua-duanya sudah ditahan polis.

Sebelum ini Ohmedia ada kongsi tentang satu kejadian pelik selepas ada pasangan ni boleh pergi buat projek atas kubur cina. Terkini, pasangan tu sudahpun tampil mengaku perbuatan mereka selepas pihak polis jalankan siasatan.

Menurut polis, kejadian tersebut berlaku pada 22 Mac di Tanah Perkuburan Cina Batu Gantung, Air Itam. Laporan mengenai video tersebut diterima daripada seorang lelaki tempatan berusia 69 tahun.

BACA: Tular Video Pasangan Bogel Di Kubur, Polis Jalankan Siasatan

IKLAN

Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pada 22 Mac di Tanah Perkuburan Cina Batu Gantung, Air Itam.- Katanya.

Difahamkan, pasangan itu juga merupakan warga tempatan dan dikenal pasti melalui siasatan lanjut pihak berkuasa.

Pasangan berjaya ditahan dalam masa sama

Tak ambil masa lama, polis berjaya menahan kedua-dua suspek pada hari yang sama di lokasi berasingan. Wanita berusia 37 tahun ditahan terlebih dahulu di sebuah flat berhampiran Jalan Padang Tembak.

Manakala lelaki berusia 58 tahun itu pula ditahan kira-kira jam 11.10 malam di hadapan sebuah bangunan berhampiran Jalan Paya Terubong di Sungai Ara, Bayan Lepas.- Katanya.

Kedua-duanya juga mengaku terlibat dalam kejadian yang memalukan itu.

Disiasat bawah beberapa seksyen

Kes ini kini disiasat di bawah Seksyen 294(a) dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Pasangan tersebut dijangka akan direman bagi membantu siasatan lanjut.

Tindakan tegas ini diambil memandangkan perbuatan tersebut bukan sahaja tidak bermoral, malah melibatkan penyebaran video di media sosial.

Pssttt! Korang, walau apa pun situasi, kena tahu batas dan hormat tempat terutama lokasi sensitif macam tanah perkuburan. Jangan sebab nak ikut nafsu atau buat content, akhirnya memalukan diri sendiri dan berdepan tindakan undang-undang.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas