Connect with us

Oh! Media

Harris Alif Tampil Jelaskan Isu Tular, Tegaskan Watak Hanya Lakonan Roleplay

Om   1

Oh! Artis

Harris Alif Tampil Jelaskan Isu Tular, Tegaskan Watak Hanya Lakonan Roleplay

Pelakon Harris Alif jelaskan dakwaan curang dalam permainan video.

Kecoh di media sosial apabila pelakon, Harris Alif dilihat mesra bersama seorang perempuan dalam permainan video.

BACA: Netizen Kecam Suami Intan Ladyana ‘Bersayang-Sayang’, ‘I Love You’ Dengan Wanita Lain Dalam Game

Rata-rata mula membuat andaian sendiri sehingga menimbulkan salah faham terhadap situasi sebenar yang berlaku.

IKLAN

Hanya watak dalam dunia roleplay

Intan Ladyana

Memetik laporan Gempak, Harris tampil menjelaskan bahawa video tersebut hanyalah sebahagian daripada wataknya sebagai Tommy dalam dunia Roleplay (RP) permainan video.

Untuk jelaskan itu adalah roleplay character (Tommy) dalam content dalam ABRP sahaja, bukan diri sebenar saya (Harris Alif). Dalam dunia Roleplay atau RP, memang ada storyline dan dialog tertentu yang ikut watak. Di luar content, saya tetap seorang Suami dan Ayah, dan saya tahu batas serta tanggungjawab saya terhadap keluarga.

Dalam masa sama, Harris menegaskan bahawa dia tidak pernah terlintas untuk berlaku curang terhadap isterinya, Intan Ladyana, apatah lagi melakukannya secara terbuka.

Tentang isu ‘microcheating’ tu kalau betul niat saya nak curang, saya takkan buat secara terbuka dekat live untuk semua orang tengok. Saya lebih tahu jaga diri dan keluarga saya.

Pelakon ini memohon maaf jika ada yang kurang senang dengan apa yang berlaku.

Pssttt! Dalam dunia media sosial hari ini, tak semua yang kita lihat mencerminkan realiti sebenar. Kadang-kadang ia hanyalah lakonan atau konten semata-mata. Jadi, penting untuk kita faham konteks sebelum membuat penilaian agar tidak menimbulkan salah faham yang boleh memberi kesan kepada individu lain.

Kredit: Gempak
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas