Connect with us

Oh! Media

Polis Tahan 12 Individu Termasuk Perancang Utama Serang Cikgu Chandra

Ohmedia cikgu chandra kereta terbakar

Oh! Tidak

Polis Tahan 12 Individu Termasuk Perancang Utama Serang Cikgu Chandra

Serangan rumah Cikgu Chandra bawa kepada penahanan 12 individu termasuk perancang utama oleh polis.

Kes serangan rumah aktivis Cikgu Chandra di Taman Kinrara, Puchong yang berlaku minggu lalu akhirnya menunjukkan perkembangan terbaru apabila polis mengesahkan penahanan 12 individu bagi membantu siasatan.

Menurut pihak polis, semua suspek berusia antara 30 hingga 40 tahun itu ditahan menerusi operasi bersepadu oleh beberapa unit Jabatan Siasatan Jenayah di sekitar Banting, Subang dan Serdang bermula Khamis lalu hingga semalam.

Suspek utama serang Cikgu Chandra berjaya ditahan

Cikgu Chandra

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar memaklumkan bahawa daripada jumlah tangkapan itu, tujuh individu dikenal pasti mempunyai kaitan langsung dengan kejadian termasuk dalang utama yang merancang insiden berkenaan.

IKLAN

Seramai tujuh suspek masih ditahan bagi membantu siasatan manakala lima suspek dibebaskan dengan jaminan polis.

Dalam tangkapan ini, kita juga berjaya menahan perancang utama insiden berkenaan manakala motif kejadian berdasarkan siasatan adalah disebabkan rasa tidak puas hati dan terguris perasaan.- Katanya.

Suspek ada rekod jenayah lampau

Perancang 1773625683

Hasil semakan mendapati lima daripada tujuh suspek yang masih ditahan mempunyai rekod lampau berkaitan pelbagai kes jenayah. Selain itu, polis turut memaklumkan bahawa tiga lagi suspek masih dikesan dan usaha mengesan individu terbabit sedang giat dijalankan.

Dalam operasi tersebut, polis turut merampas beberapa kenderaan yang dipercayai digunakan semasa kejadian termasuk Toyota Vios, Honda City dan Nissan Almera.

Dua motosikal jenis Honda Wave dan Yamaha Y16 turut dirampas selain 14 telefon bimbit, sebuah topi keledar serta pakaian yang dipercayai dipakai semasa insiden.

Siasatan kini diteruskan mengikut Seksyen 427, Seksyen 506 dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian.- Katanya.

Dua serangan dilakukan kumpulan sama

Untuk korang yang mungkin terlepas perkembangan kes ini, sebelum ini media melaporkan rumah aktivis dikenali sebagai Cikgu Chandra diserang sekumpulan lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang pada 9 Mac lalu.

Dalam kejadian sekitar jam 3.30 petang itu, suspek memecahkan cermin belakang Perodua Viva milik mangsa serta merosakkan jeriji besi di hadapan rumah.

Tidak lama kemudian, sekitar jam 3.20 pagi keesokan harinya, kumpulan individu dipercayai datang semula ke rumah mangsa dan membaling objek disyaki bom petrol.

Akibat kejadian itu, sebuah Suzuki Ertiga milik mangsa musnah sepenuhnya manakala dua lagi kenderaan turut mengalami kerosakan.

Pssttt! Kes macam ni jelas tunjuk betapa bahaya bila emosi dan dendam dibiarkan menguasai diri. Apa pun masalah yang berlaku, jangan sampai bertindak di luar undang-undang kerana akhirnya diri sendiri juga yang merana. Korang kalau ada konflik, selesaikan secara baik atau guna saluran undang-undang yang betul.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas