
Trending
Bekas Pemain Hoki Negara Disyaki Kurang Siuman Akhirnya Terima Rawatan
Dulu gah di padang membawa nama negara, kini hidupnya berubah menjadi kisah yang menyayat hati.
Itulah yang berlaku kepada bekas pemain hoki negara, Mohamad Asmawi yang disyaki kurang siuman dan hidup sebagai gelandangan.
Kisah mengenai Asmawi tular selepas seorang pemilik TikTok memuat naik keadaannya yang berkaki ayam dan tidak terurus meracau di jalanan, 9 Mei lalu.
Asmawi telah diselamatkan, dibawa ke hospital
Mujur pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera bertindak dan menemuinya pada Ahad.
Asmawi kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan Pahang untuk menerima rawatan lanjut.

Memetik laporan Sinar Harian, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, Khairul Amri Ahmad memaklumkan bahawa pihaknya sedang mendapatkan maklumat lanjut berkaitan latar belakang serta ahli keluarga individu terbabit.
Pihak JKM akan berusaha mendapatkan maklumat lanjut berkenaan latar belakang dan keluarga individu tersebut daripada pihak hospital.
Tambah beliau lagi, sudah menjadi tanggungjawab pihaknya untuk memastikan lelaki itu mendapat rawatan sewajarnya dan peluang untuk sembuh serta kembali menjalani kehidupan secara normal.

Terdahulu, rakan sepasukan yang mengenali Asmawi sejak kecil mengakui lelaki dalam video tular itu ialah bekas atlet yang pernah sama-sama berjuang di Sukan Malaysia (SUKMA) serta Kejohanan Hoki Remaja Dunia di Johor Bahru pada 2009.
Asmawi pernah mewakili Malaysia dalam kejohanan hoki antarabangsa di Jerman, India dan Pakistan.
Namun, segalanya berubah apabila dia meninggalkan karier sukan ketika berusia 25 tahun dan memilih untuk pulang ke kampung halaman.
Pssttt! Semoga lebih banyak pihak tampil membantu mereka yang pernah berjasa kepada negara agar tidak dilupakan begitu sahaja.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
