Oh! Tidak
Owner ‘Up’ Harga Rumah Di Apartment Idaman Sebab Dah Popular, Hari-Hari Masuk TV
Pelik tapi benar! Itulah yang dapat dikatakan mengenai tindakan seorang pemilik yang secara tiba-tiba menaikkan harga rumah di Apartmen Idaman, Damansara Damai.
BACA: Adik Zayn Rayyan Ditemui Lengkap Dengan Pakaian Sekolah
Pada awalnya, rumah unit bawah itu nak dijual dengan harga RM168,000. Bila ada ‘prospect buyer’ yang berminat nak beli, tiba-tiba pemilik menukar harga kepada RM200,000.

Alasan yang diberikan pemilik kerana apartment berkenaan kini sudah popular, hari-hari keluar berita di televisyen.
Difahamkan, apartment itu lokasi sama dengan kes kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan yang hilang dan ditemui meninggal dunia.

Kes owner yang mengambil kesempatan di atas kesulitan orang lain ini diceritakan sendiri oleh ejen hartanah yang menguruskan jual beli unit itu.
Sebagai ejen hartanah, dia sendiri ‘speechless’ dan berharap owner dapat jual unit tersebut dengan kadar segera.
Kredit: Facebook Azie Nawawi
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM