Connect with us

Oh! Media

Nasib Rosmah Mansor Dijangka Diketahui Hari Ini

Oh! Tidak

Nasib Rosmah Mansor Dijangka Diketahui Hari Ini

Keputusan perbicaraan kes rasuah isteri kepada Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor berkaitan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak bakal diketahui hari ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Terkini! Rayuan Najib Razak Ditolak, Kekal Dipenjara 12 Tahun Dan Denda RM210 Juta

Rosmah tiba di perkarangan Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 8.55 pagi dengan berpakaian baju kurung dan selendang berwarna kuning.

Beliau yang bakal mengetahui sama ada dibebaskan ataupun didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah yang dihadapinya kelihatan tenang ketika diiringi masuk ke lobi mahkamah.

Rosmah, berhadapan dengan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta serta satu pertuduhan meminta wang bernilai RM187.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin.

Rasuah tersebut didakwa diterima Rosmah sebagai upah membantu Jepak Holdings untuk mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak daripada Kementerian Pendidikan (KPM) secara rundingan terus.

Dalam pada itu, pada 26 Ogos lalu, terdapat dakwaan berlakunya kebocoran dokumen penghakiman kes Rosmah yang tular di media massa.

Rosmah kemudiannya telah memfailkan permohonan di saat-saat akhir supaya Hakim Mohamed Zaini menarik diri daripada mendengar atau membuat keputusan ke atas kes itu berikutan dakwaan tersebut.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas