Connect with us

Oh! Media

Nak Tunai Umrah? Penerima Dos Sinovac Perlu Dos Penggalak

tunai umrah

Trending

Nak Tunai Umrah? Penerima Dos Sinovac Perlu Dos Penggalak

Sebelum ini, kerajaan Arab Saudi membenarkan orang luar untuk menunaikan umrah dengan syarat perlu lengkap dua dos vaksinasi. Namun, kerajaan Arab Saudi kini meletakkan syarat tunai umrah bagi penerima vaksin Sinovac untuk mengambil dos ketiga.

ADVERTISEMENT

BACA: Tiada Permit Umrah Yang Akan Dikeluarkan Kepada Jemaah Berusia 70 Tahun Ke Atas

Menurut Berita Harian, Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, syarat pengambilan dos penggalak itu hanya dikenakan kepada individu yang mengambil vaksin jenis Sinovac.

Pfizer dan Astra Zeneca tidak perlu dos penggalak

tunai umrah

Sebelum ini, ada beberapa syarat yang dikenakan oleh agensi pelancongan mengenai syarat norma baharu dan penerima vaksin Sinovac tidak dibenarkan pada ketika itu. Namun, syarat lain yang dikenakan ialah kebenaran membabitkan sekali umrah sahaja, 25 orang dalam sebuah bas, hanya bilik berdua dibenarkan dan jemaah berusia 18 tahun ke atas boleh menunaikan umrah.

Berdasarkan maklumat terbaharu, Arab Saudi mahu suntikan kali ketiga bagi Sinovac sahaja manakala Pfizer dan Astra Zeneca tidak memerlukan dos penggalak ini.

Ia bermakna mereka yang mengambil suntikan Sinovac sebelum ini dibenarkan menunaikan umrah namun perlu mengambil suntikan kali ketiga. – Datuk Seri Razali Mohd Sham

Pada bulan Ogos yang lalu, kerajaan Arab Saudi telah meluluskan dua lagi vaksin COVID-19 iaitu Sinovac dan Sinopharm selain Oxford-AstraZeneca, Pfizer-BioNTech, Johnson & Johnson dan Moderna. Kementerian Umrah dan Haji juga bercadang untuk meningkatkan jemaah umrah sehingga mencecah 120,000 orang sehari.

Syarat tambahan

Razali juga berkata, syarat tambahan dikenakan kerajaan Arab Saudi menyebabkan kos menunaikan umrah bagi seorang jemaah meningkat sehingga RM2,000 hingga RM3,000. Peningkatan ini disebabkan oleh kos visa, ujian saringan diri, penginapan dan pengangkutan.

Dulu kos visa sekitar RM250 hingga RM300 sekarang meningkat kepada RM600 membabitkan insurans dan kos ujian saringan sekali.

Syarat tambahan dikenakan kerajaan Arab Saudi sememangnya menyebabkan kos umrah meningkat.

Kos yang dulunya RM5,500 untuk menunaikan umrah kini sudah naik kepada RM8,500 kata Razali. Semuanya sudah meningkat kerana banyak ujian dan kos lain yang perlu ditambah.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pambaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas