Oh! Islam
Tiada Permit Umrah Yang Akan Dikeluarkan Kepada Jemaah Berusia 70 Tahun Ke Atas
Arab Saudi baru-baru ini telah mengumumkan satu berita gembira buat kita semua umat Islam, yakni buat para jemaah yang ingin menunaikan haji pada tahun ini mereka dikatakan wajib mengambil suntikan vaksin Covid-19 sebagai syarat utama.
Namun memetik laporan daripada Kosmo yang disiarkan hari ini, kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah mengesahkan bahawa tiada permit umrah yang akan dikeluarkan kepada jemaah tempatan berusia 70 tahun dan ke atas tanpa mengira mereka sudah di vaksinasi atau tidak.
Kementerian itu berkata, warganegara dan pemastautin tetap di negara itu yang berusia antara 18 hingga 70 tahun boleh memohon permit umrah seperti yang disarankan oleh kementerian kesihatan.
Jemaah juga tidak dibenarkan membawa kanak-kanak sebagai peneman namun pemilik permit boleh membawa ibu mereka sebagai peneman.
Tambah kenyataan itu lagi, pengambilan vaksin koronavirus bukanlah prasyarat mendapatkan permit umrah bagi warga tempatan.
Apa yang diperlukan untuk mendapatkan permit umrah adalah permohonan melalui aplikasi Eatmarna selain membuktikan status kesihatan bahawa pemohon tiada jangkitan wabak itu melalui platform Tawakkalna.
Kementerian Kesihatan sebelum ini telah menasihatkan mereka yang berhasrat menunaikan ibadah haji dan umrah untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.
Bagaimanapun, jurucakap kementerian, Dr. Muhammad Al-Abdel Ali baru-baru ini berkata syarat mengambil vaksin untuk menunaikan umrah masih dalam perbincangan.
Doakan semoga urusan kita dipermudahkan dan semoga tiada kekangan buat rakyat Malaysia yang ingin menunaikan Haji dan Umrah di masa hadapan.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM