Connect with us

Oh! Media

MYAirline Umum Gantung Operasi Berkuat Kuasa Hari Ini

Oh! Tidak

MYAirline Umum Gantung Operasi Berkuat Kuasa Hari Ini

Terkini! Syarikat penerbangan tambang murah, MYAirline umum penggantungan operasi awal pagi tadi berkuat kuasa hari ini.

ADVERTISEMENT

BACA: MYAirline Bakal Beroperasi Tak Lama Lagi Dengan Tambang Ultra Murah

Menurut laporan Astro Awani, penggantungan itu akan berlangsung sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian dan perkara ini diumumkan MYAirline dalam satu kenyataan rasmi menerusi akaun Facebook mereka.

Punca keputusan ini dibuat adalah disebabkan tekanan kewangan sambil menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan penjanaan semula modal syarikat itu. 

Kami amat kesal dan memohon maaf kerana terpaksa membuat keputusan ini kerana kami memahami kesannya terhadap penumpang setia kami, pekerja yang berdedikasi dan rakan kongsi.

Kami telah bekerja tanpa jemu untuk meneroka pelbagai pilihan perkongsian dan penjanaan modal untuk mengelakkan penggantungan ini.

Malangnya, kekangan masa menyebabkan kami tiada pilihan selain mengambil keputusan ini.

Penumpang yang sudah pun membeli tiket penerbangan diminta MYAirline supaya mencari alternatif lain untuk ke destinasi yang dituju. Kesian pula dekat mereka yang terjejas.

Lembaga Pengarah, pemegang saham dan semua kakitangan MYAirline akan bekerja tanpa jemu untuk menyambung semula operasi secepat mungkin tetapi pada peringkat ini kami tidak dapat komited pada sebarang garis masa.

Kami mengulangi permohonan maaf yang setulus-tulusnya atas sebarang kesulitan yang timbul daripada penggantungan ini dan akan melakukan yang terbaik untuk memaklumkan sebarang kemas kini sekiranya ada.

Kredit: Astro Awani | Facebook MYAirline

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas