Connect with us
rangka warga emas

Oh! Tidak

“Mungkin Asbab Amalan, Aibnya Dilindungi” – Rangka Warga Emas Ditemui, Jiran Tak Pernah Bau Mayat

Baru-baru ini gempar mengenai penemuan rangka warga emas di sebuah pangsapuri di Kepong, Kuala Lumpur.

Penemuan itu dilaporkan oleh anak mangsa sendiri selepas berkunjung ke pangsapuri berkenaan untuk berjumpa bapanya selepas kira-kira 4 tahun tidak berhubung.

IKLAN
warga emas

Terbaru, Sinar Harian melaporkan jiran tetangga yang dikenali sebagai Nurina berkata mangsa seorang yang pendiam kerana jarang bertegur apabila terserempak di hadapan rumahnya.

Namun mangsa dikenali penduduk kerana rajin solat berjemaah di surau dan mengajar kanak-kanak mengaji.

Saya akan selalu lalu depan rumah dia untuk hantar anak ke rumah pengasuh, tetapi untuk beberapa tahun ini tidak melihatnya dan tak pernah pula bau (mayat). Mungkin asbab amalan dia, aibnya dilindungi atas amalan yang sering dibuat sewaktu ada di dunia ini.

Difahamkan, warga emas berusia 74 tahun tersebut tinggal bersendirian selepas bercerai dengan isterinya. Setakat ini tidak dapat dipastikan sudah berapa lama mangsa meninggal dunia.

warga emas

Pihak JMB pangsapuri terpaksa memecahkan pintu dan melihat rumah dalam keadaan bersepah. Rangka manusia pula ditemui terbaring di ruang tamu di mana kipas masih berpusing dan lampu terbuka.

Exco Keselamatan bernama Ab Razak Isa pula berkata, bayaran yuran penyelenggaraan kali terakhir dibuat arwah pada September 2021.

rangka warga emas

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Sinar Harian


Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas