Connect with us

Oh! Media

McGregor Sudah Ada Cara Untuk Tewaskan Khabib

Oh! Tidak

McGregor Sudah Ada Cara Untuk Tewaskan Khabib


Baru saja minggu lepas bintang UFC, Khabib Nurmagomedov mengumumkan untuk bersara selepas menewaskan Justin Gaethje.

Harini timbul pula cerita yang Conor McGregor ada mendakwa Khabib sebenarnya mengumumkan persaraannya kerana mahu mengelak daripada kalah jika mereka bertarung dalam gelanggang buat kali kedua di UFC.

Bintang Ireland itu dikatakan pernah tewas melawan Khabib menerusi gerakan kuncian dua tahun lalu ketika bertemu di Las Vegas.

Sejak daripada pertemuan itu, kedua-dua mereka selalu bertelagah antara satu sama lain samada ketika sesi temuramah mahu pun di media sosial.

McGregor juga ada memberi pendapat peribadinya mengenai Khabib di Twitter.

Seorang petarung yang luar biasa.

Yang terbaik buat era ini. Tapi saya sudah ada cara (untuk menewaskannya) dan mereka pun sedar. – Kata McGregor.

Khabib menewaskan Justin Gaethje selepas kemenangan ke atas McGregor sebelum mengumumkan untuk bersara pada minggu lepas.

Dia bersara selepas berjaya mengekalkan rekod bersih 29-0. Dia juga dikatakan telah berjanji dengan ibunya bahawa pertemuan dengan Gaethje akan menjadi pertarungan terakhir buat dia.

Tapi ada juga ura-ura yang mengatakan, Presiden UFC, Dana White jangka Khabib akan kembali beraksi semula.

Kemain McGregor ni bersuara, jangan nanti bila dah kecundang, tiba-tiba cakap “it’s just business” pula sudah la.

Kredit: Harian Metro

Penulis sepenuh masa di Oh! Media yang juga sepenuh masa ingin menyampaikan manfaat kepada rakyat Malaysia.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending

ITTIFY

To Top