
Oh! Tidak
Mayat Lelaki Ditemui Di Cerun Lepas Hampir Dua Bulan Hilang, Ibu Pernah Buat ‘Report’
Oleh
Misteri kehilangan seorang lelaki selama hampir dua bulan menemui penamat apabila mayat ditemui di cerun bersemak di Kilometer 7 Jalan Juasseh-Bahau, Kuala Pilah Negeri Sembilan.
BACA: Hancur Hati Dapat Tahu Ibu Bapa Maut Kemalangan Selepas Hantar Daftar Kolej Matrikulasi
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Gani, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat serta Perodua Kancil di kawasan cerun itu kira-kira jam 7.20 malam.
Lapor Kosmo!, mayat Muhammad Aiman Danial Mohd Faizal ditemui oleh orang awam yang kebetulan mahu mencari pucuk cemperai di lokasi kejadian.

Ketika siasatan di lokasi, pihak polis menemui kad pengenalan dan lesen memandu mangsa. Hasil semakan, ibu mangsa pernah tampil di Balai Polis Terachi pada 6 Jun melaporkan mengenai kehilangan anaknya.
Mangsa dilapor menaiki Perodua Kancil berwarna kelabu berseorangan dan gagal dihubungi sehinggalah mayatnya dijumpai semalam.
Mayat seterusnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), untuk bedah siasat.

Sementara itu, orang awam dikenali sebagai Azman Hassan berkata kali terakhir dia ke kebun kepunyaan keluarga itu pada 22 Jun.
Ketika membersihkan kebun, dia tak ada hidu apa-apa kerana mungkin berada jauh dari lokasi sebenar. Bila terima maklumat dia terus ke tempat kejadian dan ibu mangsa mengesahkan kereta yang ditemui dipandu anaknya.
Kredit: Berita Harian
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
@ohmedia Nikmati Moments of Indulgence anda bersama Vochelle. 🗓️2-6 Ogos 2023 🕐10.00AM-10.00PM 📍LG East Wing, IOI City Mall, Putrajaya #Vochelle#RefiningIndulgence#MomentsofIndulgence#VochelleRedemption #JoinNow#EasySteps#RedeemRewards#TreatYourself#ChocolateLovers ♬ original sound – Oh! Media
