Connect with us

Oh! Media

6 Anggota Polis Suspek Kes Bunuh Pemandu E-Hailing, Rupanya Pegawai Ada Skandal Dengan Isteri Mangsa?

508f84f5 df95 4f40 abdb a0e53f30c80e

Trending

6 Anggota Polis Suspek Kes Bunuh Pemandu E-Hailing, Rupanya Pegawai Ada Skandal Dengan Isteri Mangsa?

Seramai 7 orang suspek dilaporkan dituduh di Mahkamah Majistret Tawau hari ini membabitkan kes pembunuhan seorang lelaki warga tempatan pada 13 Januari lepas.

Menurut laporan Sinar Harian, Daripada tujuh orang tersebut, enam merupakan pegawai dan anggota polis manakala seorang lagi adalah orang awam iaitu isteri mangsa, Nurima Juli berusia 32 tahun.

Terdahulu, berita melaporkan tentang penemuan mayat seorang lelaki bergelar Datuk di dalam kawasan semak di Batu 5 Jalan Apas, Tawau bersebelahan Perodua Myvi putih pada 16 Januari.

IKLAN

Siasatan pihak polis mendapati punca adalah kerana tidak berpuas hati selepas berlaku pertengkaran di sebuah pusat hiburan.

Menurut sumber, mangsa berusia 61 tahun itu bertengkar dengan isterinya dan beberapa individu lain di sebuah pub kerana isu hubungan sulit.

Punca pertengkaran dipercayai akibat mangsa tidak berpuas hati dengan pegawai kanan itu menjalin hubungan dengan wanita berkenaan yang masih isterinya ketika itu.

Mangsa, Nurman Bakaratu dipercayai ditikam di kawasan ladang sawit sebelum mayatnya ditinggalkan di dalam semak dan suspek wanita sudah pun membuat pengakuan telah merancang bersama beberapa individu lain untuk membunuh suaminya itu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata kesemua suspek dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan Seksyen 109 kanun yang sama kerana bersubahat.

Kesalahan ini memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas