Connect with us

Oh! Media

Mangsa Kebakaran Terkilan, Wang Simpanan RM40k Hangus Dijilat Api

wang simpanan

Trending

Mangsa Kebakaran Terkilan, Wang Simpanan RM40k Hangus Dijilat Api

Kebakaran yang berlaku di Flat Sri Johor, Cheras telah mengakibatkan seorang mangsa kehilangan wang simpanan yang disimpan bertahun-tahun apabila wang tunai RM40,000 miliknya hangus dijilat api.

ADVERTISEMENT

BACA: 8 Rumah Di Flat Sri Johor Musnah Terbakar

Menerusi laporan Bernama, mangsa yang bernama T. Mary bukan sahaja kesal menyimpan wang simpanan di rumah, namun dia juga terkilan kerana gagal menyelamatkan barangan kemas yang dimilikinya.

Kesal simpan banyak wang tunai di rumah

T. Mary memberitahu bahawa ketika kebakaran berlaku, Mary berada di tempat kerja berhampiran hospital dan kakaknya telah melaporkan mengenai kebakaran yang berlaku di flat tersebut.

Tujuh orang tinggal di dalam rumah itu dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan. Namun, apabila semua ini terjadi, penyesalan terus menghantui diri kerana menyimpan wang tunai sebanyak itu di dalam rumah. – T. Mary

Selain T. Mary, seorang lagi mangsa kebakaran, R. Vincent mengatakan beliau tidak sempat pulang ke rumah selepas menerima panggilan daripada kakaknya mengenai kebakaran tersebut.

Ketika itu, saya berada di Taman Maluri, di sini bersama isteri dan dua anak untuk makan malam dan tiba-tiba kakak menelefon saya memaklumkan rumah sedang terbakar.

Saya terkejut, terus bergegas pulang dan apabila sampai di rumah, kakak saya sempat menyelamatkan diri dengan memecahkan mangga pintu menggunakan pisau kerana kunci ada pada saya.

wang simpanan

Allahuakbar, sungguh besar dugaan yang melanda rakyat Malaysia ketika ini. Semoga bencana ini dapat menghapuskan dosa-dosa dan menjadikan setiap insan di muka bumi ini lebih baik hendakNya. Teruskan berdoa semoga negara kita terus dilindungi.

Kredit: Bernama

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas