Connect with us

Oh! Media

8 Rumah Di Flat Sri Johor Musnah Terbakar

sri johor

Oh! Tidak

8 Rumah Di Flat Sri Johor Musnah Terbakar

Disaat rakyat Malaysia masih berada dalam kesulitan menghadapi bencana banjir, berlaku lagi satu bencana di mana lapan rumah di tingkat Blok 31, Perumahan Awam Sri Johor, Cheras, terbakar pada malam tadi.

ADVERTISEMENT

BACA: 10 Rumah Hangus Terbakar Di Tawau

Menerusi laporan Sinar Harian, kebakaran di Flat Sri Johor berlaku pada jam 9.17 malam dan anggota bomba melakukan operasi pemadaman api di kawasan tersebut.

Berpunca daripada kebocoran gas

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur menyatakan kebakaran dipercayai bermula di bahagian tengah blok sebelum merebak di keseluruhan tingkat.

Punca kebakaran dipercayai daripada kebocoran gas dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 9.17 malam dan seramai 35 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu, BBP Hang Tuah, BBP Sri Hartamas, BBP Keramat dan BBP Cheras digegaskan ke lokasi kejadian.

Kebakaran memusnahkan 100 peratus keseluruhan tingkat empat itu. Operasi pemadaman menggunakan teknik ‘water tower’ jentera khas Aerial Ladder Platform (ALP) dan Turn Table Ladder (TTL).

Tinjauan Sinar Harian mendapati kebakaran tersebut dapat dikawal sepenuhnya pada jam 11.30 malam tadi.

Semoga Allah bantu rakyat di Malaysia dan murahkan lagi rezeki mereka yang terlibat dengan bencana banjir dan juga kebakaran ini. Sesungguhnya, Allah yang mengizinkan semua ini berlaku. Hati-hati dan terus hulurkan bantuan buat mereka yang memerlukan.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media


Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas