Connect with us

Oh! Media

(Video) Suami Runsing Isteri Mengidam Air Tangan Khairul Aming

4dc802f1 e830 4c24 8ea7 bcedf117a47b

Trending

(Video) Suami Runsing Isteri Mengidam Air Tangan Khairul Aming


Seorang lelaki yang dikenali sebagai @ashrafahmas dikatakan telah viral di laman sosial Twitter apabila dia memuat naik status memberitahu isterinya yang sedang hamil mengidam mahu makan masakan daripada air tangan selebriti media sosial Khairul Aming.

85f1f096 96d0 4192 a26f 2297fa3c66ce

Rata-rata netizen di Twitter dilihat turut bersimpati dengan Ashraf dan telah bekerjasama untuk ‘retweet’ status tersebut.

Df4c966d 944e 4a61 9942 9725e4cc139e
7c4df7b6 b763 4e04 aa94 70169dc88ec1

Membuahkan hasil, siapa sangka akhirnya tweet Ashraf itu telah berjaya mendapat perhatian Khairul Aming.

IKLAN
41c3d079 5b89 45e7 a73c 26d8404c520c

Khairul Aming di laman sosial turut berkongsi momen dari berbelanja, memasak dan menghantar sendiri makanan tersebut kepada Ashraf dan isterinya.

Ramai netizen dikatakan tidak sabar mahu melihat reaksi isteri kepada Ashraf yang dikatakan begitu teruja untuk menikmati juadah yang disediakan oleh Khairul yang diidamkannya selama ini.

Antara menu yang disediakan Khairul Aming adalah daging harimau menangis, sotong dan ayam bakar beserta sos Thai yang dibuat khas.

https://twitter.com/khairulaming/status/1335921847934676992?s=20

Baby kata sedap sangat sama macam dalam video! Hehehe” – Kata Ashraf.

Semoga dipermudahkan Asyraf & Wife, jangan lupa suruh baby follow IG minmin nanti hahaha – Tulis Khairul Aming di Twitter.

Melalui perkongsian itu, netizen telah meninggalkan pelbagai komen positif dan berasa gembira apabila hajat Ashraf dapat dilaksanakan oleh Khairul Aming.

Terima kasih Khairul Aming! Tercapai hajat akak tu mengidam nak makan air tangan Khairul Aming. Tapi ikutkan bukan orang mengandung je, yang tak mengandung pun sebenarnya teringin juga nak rasa air tangan Khairul Aming ni hahaha.

Kredit: @ashrafahmas, Khairul Aming


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas